Thursday, February 11, 2010

Kucing Mata Satu

PELIK...anak kucing tanpa hidung dan bermata satu.

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.

Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.

Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.

“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.
----------------------------------------------------------------------------------
EPL

Villa 1 Man Utd 1
Arsenal 1 Liverpool 0
Everton 2 Chelsea 1

Awal pagi tadi punya game agak menarik la. Tapi agak kurang memberangsangkan untuk MU. Patutnya MU menang la game tu. Dah la Chelsea dah kalah, MU pulak tak menang. Tapi aku happy la jugak walaupun draw sebab MU main 1 jam dengan 10 players lepas RosNani kene straight red card, (3 matches suspension; final Carling Cup against the same opponent included) lepas two foot tackle kat player Villa. Nasib baik la masa tu MU dah equalise. Villa score dulu.

Giggs pun injured during 2nd half. Valencia masuk masa 2nd half to replace Scholes and then Berbatov on for Giggs. Patut Park Ji Sung masuk last 10 minutes tu to mobilise both flank. Tapi takpe la. Sekarang dah gap 1 mata, number of game pun sama, MU advantage in goal difference.
----------------------------------------------------------------------------------
Meow

Mama bitau anak Cheeky yang kaler hitam tu bengkak kat perut dia, macam dah nak pecah. Cheeky plak tak makan Blackwood tuh. Tak selera kot. Kitten yang kudung tuh ok pulak, sihat la hopefully.

On the way balik rumah subuh tadi, aku nampak dari jauh sekor kucing berlari melintas jalan. Masa tu ada cab tengah approaching jalan tuh. Aku dah agak ni mesti tak lepas. Memang tepat aku punya prediction. Bila Kelly dah dekat dengan tempat tu, aku nampak that poor meow menggelupur kesakitan, dan aku sempat nampak ada darah sket kat atas jalan tuh. Ya Allah, aku sangat-sangat sedih, sakit hati, frustrated. Memang aku bergenang dengan air mata awal pagi ni. Kenapa mesti kucing tu mati dalam keadaan macam tu? Aku sangat-sangat sedih.

Ni la kali ketiga aku tengok/experience benda-benda camni. Dulu anak kucing aku kena gilis dengan lori sayur betul-betul kat depan rumah Fama ni. Secondly, aku sendiri yang melanggar sekor poor black cat yang tetiba melintas jalan kat Shah Alam. And this morning, sekor lagi binatang kesayangan aku menjadi mangsa.

Doa aku, Ya Allah, kau ambillah kembali semua kucing-kucing yang terbiar ni daripada mati dalam keadaan yang kejam dan penuh kesakitan camtu, dan jugak daripada menjadi mangsa kezaliman manusia.

Sampai kat opis mood aku hari ni agak down. Sangat-sangat down. Semoga kucing tu dah berada di syurgaMu. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...