Friday, February 26, 2010

Cuti Maulidur Rasul


Ni kasut Nike aku yang aku dah jemur. Lace dia pun aku dah bukak. Semalam kat opis aku dah polished sket, buang getah-getah kusyen yang dah reput tuh. Ni jemur kat balkoni pulak, kasi kena angin sket. Ingat nak cari kedai repair kasut yang guna machine tuh. Kalau kena charge RM100 pun aku sanggup bayar, janji aku dapat guna kasut tu lagi.

still nampak cantik
Untuk clearkan betul-betul hasil tanaman tuh, aku kena ada tangga. Last time aku pernah la bersihkan tumbuhan tuh. Siap basuh dinding tuh dengan air lagi dan sental lumut-lumut tuh dengan penyapu sampai ada nampak rupa dinding original kaler. Nak kena betul-betul rajin baru boleh buat. Kalau takde masa memang baik tak yah buat.
ni la rupa hasil tanaman kat balkoni aku selepas di clearkan sikit tengahari tadi...
Wifey kerja half day arini. So pagi tadi aku jemur kain baju yang dah siap dikerjakan oleh machine tuh. Pastu sapu lantai sket. Clearkan dustbin dalam master bedroom. Kemas katil. Sangkut baju-baju yang dah basuh. Pastu tengahari gi solat Jumaat dengan Ridzuan kat Masjid Taman Kamariah. Lepas solat, balik lunch kat Gombak. Sempat la jumpa anak-anak bulu... ha ha ha!
Wifey nak amik kek birthday Ben10 untuk kekanak Dusun Tua di Secret Recipe


tengok la kek zaman sekarang, siap print muka birthday boy atas kek tu. Tak sanggup den nak makan...


nampak tak kaki belakang belah kanan dia yg kudung sket tuh.
Ni latest photo anak Cheeky yang survived aritu. Alhamdulillah dia dan sekor lagi yang kaler hitam tuh still sihat. Cute. Lama je dia tenung aku petang tadi. Agaknya tak pernah jumpa aku kot. Tak ye pun dia ingat-ingat lupa muka aku ni. Or maybe dia takut bila tengok aku, sebab last time aku pegang dia dulu, aku bawak gunting dan potong tali pusat yang belit kaki dia yang dah kudung tuh.
Harap-harap tenungan dia ialah tenungan tanda sayang dan terima kasih dia kat aku sebab cuba selamatkan dia sedaya upaya aku. Tak puas aku layan dia petang tadi. Kena rushing nak balik dan siap-siap gi Jusco, amik kek, dan beli barang-barang yang diperlukan untuk kenduri kat rumah Aiman di IKBN Dusun Tua.
Jantina miong tuh pun aku tak check lagi. Kalau betina nak kasi nama apa? Kalau jantan nak kasi nama apa pulak... nak kene google apa nama kucing yang sesuai dulu.

Yang paling aku tak sabar ialah, nak melayan basketball pagi esok.

Sempena Mauludir Rasul ni, mari la kita semua perbanyakkan lagi selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad s.a.w.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...