Kelly 3572

Sunday, February 28, 2010

One of MU supporter!

GOLD TRAFFORD ... Olympic hero Usain Bolt shows his support for Man Utd

Bolt has been a United fan since watching them on a grainy TV set as a kid.

Ruud van Nistelrooy was his first Old Trafford hero and last year he met the squad at their Carrington training base.

Bolt saw United clinch the Premier League title with a 0-0 home draw against Arsenal.

He said: "I had my video camera with me and recorded everything. Rooney was in goal during training, made a save and then said, 'Make sure you put that on YouTube!'

"I've still got all the video of that trip, it's one of my most favourite things."

Saturday, February 27, 2010

BBQ Session

apa nama ntah gangster IKBN Dusun Tua ni, gigi depan pun patah...habis2 gangster kampung la ni kot..
mamat ni tgh makan lamb shoulder yang aku bagi
Wifey sedang nak bakar kambing
tu aku punye la kot...

Yuz & Ridzuan in charge of dapur...

An Active Saturday Morning


Ni la gambar aku snapped kat atas permukaan jalan depan rumah D-05, IKBN Dusun Tua (N 03' 7.895' E 101' 50.200') pagi tadi la, sebelum bergerak ke court basketball untuk melepaskan gian.

Terjaga pun dah agak lambat. 0723 hrs camtu baru celik mata. Malam tadi tidur pun dah lewat. Ammar dengan Ayip pun belum tidur masa aku dah pengsan. Kabus pun dah banyak yang hilang compared to last time aku overnight kat sini.

Ni la rupa Cik Kelly yang kesejukan kena embun Hulu Langat. Background tuh kete Raimi parking kat rumah jiran dia yang balik kampung for the long weekend.

Wifey dengan aku stroll kat stadium IKBN tuh satu round sebelum aku sambung balik aktiviti melepaskan gian. Free-throw scored for the day; the worst, 1 out of 10! The best is 7 out of 10!

Friday, February 26, 2010

Cuti Maulidur Rasul


Ni kasut Nike aku yang aku dah jemur. Lace dia pun aku dah bukak. Semalam kat opis aku dah polished sket, buang getah-getah kusyen yang dah reput tuh. Ni jemur kat balkoni pulak, kasi kena angin sket. Ingat nak cari kedai repair kasut yang guna machine tuh. Kalau kena charge RM100 pun aku sanggup bayar, janji aku dapat guna kasut tu lagi.

still nampak cantik
Untuk clearkan betul-betul hasil tanaman tuh, aku kena ada tangga. Last time aku pernah la bersihkan tumbuhan tuh. Siap basuh dinding tuh dengan air lagi dan sental lumut-lumut tuh dengan penyapu sampai ada nampak rupa dinding original kaler. Nak kena betul-betul rajin baru boleh buat. Kalau takde masa memang baik tak yah buat.
ni la rupa hasil tanaman kat balkoni aku selepas di clearkan sikit tengahari tadi...
Wifey kerja half day arini. So pagi tadi aku jemur kain baju yang dah siap dikerjakan oleh machine tuh. Pastu sapu lantai sket. Clearkan dustbin dalam master bedroom. Kemas katil. Sangkut baju-baju yang dah basuh. Pastu tengahari gi solat Jumaat dengan Ridzuan kat Masjid Taman Kamariah. Lepas solat, balik lunch kat Gombak. Sempat la jumpa anak-anak bulu... ha ha ha!
Wifey nak amik kek birthday Ben10 untuk kekanak Dusun Tua di Secret Recipe


tengok la kek zaman sekarang, siap print muka birthday boy atas kek tu. Tak sanggup den nak makan...


nampak tak kaki belakang belah kanan dia yg kudung sket tuh.
Ni latest photo anak Cheeky yang survived aritu. Alhamdulillah dia dan sekor lagi yang kaler hitam tuh still sihat. Cute. Lama je dia tenung aku petang tadi. Agaknya tak pernah jumpa aku kot. Tak ye pun dia ingat-ingat lupa muka aku ni. Or maybe dia takut bila tengok aku, sebab last time aku pegang dia dulu, aku bawak gunting dan potong tali pusat yang belit kaki dia yang dah kudung tuh.
Harap-harap tenungan dia ialah tenungan tanda sayang dan terima kasih dia kat aku sebab cuba selamatkan dia sedaya upaya aku. Tak puas aku layan dia petang tadi. Kena rushing nak balik dan siap-siap gi Jusco, amik kek, dan beli barang-barang yang diperlukan untuk kenduri kat rumah Aiman di IKBN Dusun Tua.
Jantina miong tuh pun aku tak check lagi. Kalau betina nak kasi nama apa? Kalau jantan nak kasi nama apa pulak... nak kene google apa nama kucing yang sesuai dulu.

Yang paling aku tak sabar ialah, nak melayan basketball pagi esok.

Sempena Mauludir Rasul ni, mari la kita semua perbanyakkan lagi selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad s.a.w.

Thursday, February 25, 2010

Trainee pilot, grandma die in car crash

TRAGIC: The mangled wreck that was rammed by a lorry in a horrific crash at the MRR2 near Gombak this morning — Pic: Ashraf Shamsul Azlan

Trainee pilot, grandma die in car crash

Thursday, February 25th, 2010 13:26:00

GOMBAK: The flying career of a 22-year-old trainee pilot never took off when he and his 70-year-old grandmother were killed after their Naza Suria slammed into a lorry that crashed through a barrier from the opposite direction of the Middle Ring Road 2 early this morning.

Malaysia Airlines trainee Mohammad Azri Hasim Muhd Hafiz and his grandmother Halimah Sulaiman did not survive the horrific crash near the Gombak exit at about 12.30pm.

Witnesses claimed the lorry driver fled the scene soon after the accident.

However, Muhammad Azri’s 17-year-old sister, Nurshahirah Muhd Hafiz, who was seated in front, miraculously escaped death and was reported to be in critical condition. She is being treated at the Kuala Lumpur Hospital.

Fire and Rescue Department personnel took some time to extricate the bodies of the victims from the wreck.

It could not be determined at Press time how the lorry driver lost control of his vehicle after negotiating a bend along the stretch of the highway.

It is learnt that the family members were on their way home to Taman Melawati after visiting an uncle in Damansara.

Police are looking for Subbarao a/l Nainan, 23, to assist in their investigations.


--------------------------------------------------------------------

Al-Fatihah utk Arwah dan takziah pada keluarga kawan Ridzuan ni. Arwah adalah kawan Ridzuan (adik in-hukum aku) kat Asia Pacific Flight Training, Panji, Kota Bharu dan baru je completed training kat sana.

Kebetulan pulak Faiz, (adik ipar Raimi) lalu kat kawasan kemalangan tuh masa on the way balik dari UIA tgh mlm tuh. Dia antara org awam yg membantu mangsa2 kemalangan tuh, esp. adik arwah Azri; Nurshahirah Muhd Hafiz yang cedera agak parah. Semoga adik arwah tu berjaya diselamatkan dan cepat sembuh, InsyaAllah.

Fakta2 yg salah oleh Malay Mail. Mangsa on the way home to Taman Melati instead of Taman Melawati. Nurshahirah being treated at Hospital Selayang instead of HKL.

Nanti aku update lagi kalau ada pape info dan jugak gambar arwah Azri tuh yg wifey snapped masa konvo kat Hotel Rennasaince Kota Bharu akhir tahun lepas.

Pilot pelatih, nenek maut dalam nahas

GOMBAK: Seorang juruterbang pelatih penerbangan Malaysia (MAS) maut dalam keadaan mengerikan termasuk hampir putus tangan sejurus kereta dipandu dirempuh sebuah lori yang terbabas dan memasuki laluan bertentangan di Kilometer 14, Jalan Lingkaran tengah Dua (MRR2) di sini, malam kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila mangsa, Mohd Hazin Mohd Hafiz, 22, turut menghembuskan nafas terakhir bersama neneknya Halimah Sulaiman, 70, yang ketika itu turut dalam kenderaan berkenaan manakala adiknya, Nursyahhira Mohd Hafiz, 17, cedera parah.


Jurucakap polis trafik berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Melati, Gombak selepas menziarahi saudara mereka di Kota Damansara di sini.


“Bagaimanapun, kira-kira dua kilometer sebelum tiba di rumah mereka, kereta dinaiki mangsa dirempuh sebuah lori tidak jauh dari susur ke Plaza Tol Gombak “Siasatan awal mendapati, kemalangan itu berpunca apabila sebuah lori yang membawa muatan kotak kosong tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan kanan lalu memasuki laluan bertentangan,” katanya.


Menurutnya, lori terbabit yang dalam perjalanan dari Banting, Selangor, menuju Bentong, Pahang didapati merempuh pembahagi tengah jalan sebelum merempuh kereta mangsa yang datang dari arah bertentangan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

ni versi Harian Metro pulak. Lewat jugak kua dalam paper. Pastu byk jugak fakta yg tak sama dgn laporan dalam Malay Mail.

Wednesday, February 24, 2010

Man Utd 3 West Ham 0

Wayne Rooney sekali lagi mengganas dengan menggunakan kepalanya. 2 kali plak tuh. Macam game lawan AC Milan arituh la. Micheal Owen pun berjaya gak score 2-3 minit lepas masuk menggantikan Dimitar Berbatov.

Anderson injured and will be out for 6 months. Kesian dia, macam for sure dia akan miss World Cup kat South Africa bulan Jun nanti. Dia sempat main dalam 17 minit je sebelum ligamen lututnya terkoyak kot. Hopefully he'll comeback in a better shape and much better player.

MU berjaya close the gap walaupun kelebihan satu game compared to other teams. Hopefully league leader will drop points against MU noisy neighbor, Pekan Manusia (as translated into Malay by Google Translate... ha ha ha)

MU will face Aston Villa in Carling Cup Final at Wembley Stadium on Sunday, 2300 hrs Malaysian time. All the best and hopefully MU will snatch the victory and the trophy as well.

Aku punya project lepas ni ialah nak dapatkan water filter, nak repair Nike aku tuh, nak practice basketball, specially shooting, dan jugak projek kucing-kucingan.

Monday, February 22, 2010

Majlis Perkahwinan Aimi Shazana & Mohd Hafiz


pelamin yang sweet, tapi cuaca agak panas

Tarikh: 21hb Febuari 2010 ( 7 Rabiul Awal 1431H )
Bertempat : Villa Ukhuwwah, berhampiran Tasik Titiwangsa
Masa: 12 tengahari - 4 petang
Akad Nikah: 3 petang; 19hb Febuari, 2010

Malin, Mr Zaidi (boss den) dan his beloved son

Aku dan wifey pergi agak awal, sebab lepas kenduri tuh terus nak balik Shah Alam & will be heading to Nilai afterwards. So agak rushing la, tak dapat tengok pengantin bersanding. Makan pun satu meja dengan Kak Maria & family. Lepas tu je baru nampak ramai kroni-kroni KAF Group sampai.

Sani tak datang sebab anak pompuan dia yang nombor 2 tu demam lagi. Yusseri pun tak datang jugak sebab ada kenduri tahlil kat Sentul. Khairul plak ada exam kat IIUM.

Ok la jugak venue kenduri ni. Boleh rekemen pada sesiapa yang nak buat majlis kahwin or birthday party ke.


Kepada pasangan pengantin, semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan, diberkati dan bahagia selama-lamanya, Amin.
--------------------------------------------------------------------

Project Ikan Haruan

Pepagi lagi aku dah ke pasar Greenwood nak cari ikan haruan untuk wifey, tapi mengecewakan. Ikan keli ada la, ikan baung pun ada. Baru aku tau ikan baung ni ada iras-iras ikan keli dan ikan haruan. Mahal jugak ikan baung ni rupanya.

Aku beli Gardenia Delicia Choco Raisin tu, 10 liter mineral water Seamaster (MYR6.80; kedai mamak sebelah 7-11 Greenwood) dan jugak ikan 3 longgok (MYR10.00)

Sunday, February 21, 2010

MU Kalah, Meow Day & BioHaruan


Ni la Ops Post Surgery aku yang telah berjaya arini. Aku beli sekotak ni dekat Farmasi Keluarga, Greenwood. Harga MYR16.00 sekotak. Dalam tu ada 3 paket, kiranya dalam MYR5 lebih la sepaket. Aku berjaya la jugak bodek sepaket yang free sample tuh. Ha ha.

Wifey terus cuba sepaket masa dinner kat Gombak tadi. Aku pun rasa sket, ok la taste dia. Takde la hanyir. Aku rasa much better dari Pati Ikan Haruan yang aku beli sebotol dulu kat farmasi belakang OTK tuh. At least my darling takde la rasa loya or hanyir. Boleh la beli lagi lepas ni.

Petang tadi jugak aku beli vitamin kegemaran Didie, kucing aku la, bukan Didi Benami AI9 tuh. Harga yang aku dapat kat kedai Pet belakang OTK tuh ialah MYR32.00. Dulu aku ingat harganya dalam MYR28.00 je. Tapi takpe la, janji meow-meow semua sihat dan terbela.

Suka aku tengok Didie makan vitamin tuh. Aku try feed semua meow-meow aku tuh dengan vitamin tuh except for Lucy & Kaka. Kaka kat dalam kondo, tu yang dia tak join party tuh. Lucy pulak susah nak tangkap. So Didie, Ronaldo, Cheeky & Bubut je yang makan vitamin tuh.

Pastu aku beli jugak ubat kurap dan kudis untuk anak-anak bulu aku tuh. Ynag jadi mangsanya malam ni ialah Didie, Bubut, Ronaldo & Cheeky. Harga ubat tuh MYR5.00. Ok la kot, janji memeow semua sembuh dari kekurapan. Puas hati aku tenyeh ubat tuh kat telinga Bubut & Didie. Ingat lepas ni kalau ada lebih rezeki aku nak bawak diekor pergi vet la pulak for regular check-up.

Next project aku nak sembur ubat kutu tuh pulak. Esok kang aku ingat nak cari ikan haruan pulak kat pasar pagi Greenwood. Dapat sekor dua pun ok la kot, mintak tolong mama bakar ikan tuh dengan daun pisang.

----------------------------------------------------------

Everton 3 Man Utd 1

Kesian betul aku tengok game malam ni. Chelsea menang 2-0 dengan Wolves. Arsenal menang 2-0 dengan Sunderland. Tapi takpe la, baru la lebih thrill bila nak sampai akhir season ni.

Berbatov berjaya tambah koleksi goal dia untuk cuba mengatasi 2nd top goal scorer untuk MU. Tapi kejap je MU score, Everton equalise. Sampai la akhir 1st half. 2nd half pun MU main nampak sangat lemah, specially kat defence. Maybe they all penat tak hilang lagi kot lepas bantai AC Milan arituh. Aku tengok faktor main tengahari dengan Van der Sar kena ngadap matahari masa 2nd half tu contribute to the defeat.

Lagi satu, aku rasa starting line-up tak berapa bagus. Aku rasa aku prefer Nani starting instead of Valencia. Rafael instead of Gary Neville, and not prefer Obertan to replace Park. I think Park did better than Obertan in this game.

Lepas ni, ada midweek game against West Ham at OT. West Ham pun tengah perform bagus sebab malam ni diorg menang dengan Hull City kot. So, MU need to win every game from now on to have the chances of retaining the thropy and breaking history by winning the league in four season back to back. Paling penting, MU kena beat Liverpool and Chelsea.

Current standing after tonite's game

Chelsea 27-61pts
Man Utd 27-57pts
Arsenal 27-55pts

Crucial game for tomorrow, Man City vs Liverpool. Aku harap diorang draw!

Saturday, February 20, 2010

One Of My Wishes...


Kesian aku tengok Nike aku ni. Penat je beli tapi macam tak penah pakai pun. Boleh dikatakan in the bad shape. I wish to fix it as a present for myself. Ingat next week nak bawak jumpa cobbler kat belakang Menara Promet. Recommended by Zali.

Background Nike tu pulak ialah BBall Nike Trifecta. My last 2 years birthday gift from CMG dearest. Sekarang terasa macam nak aktif BBall semula la. Rumah Aiman kat Dusun Tua pun ada full-court, pastu Along plak suka main bball jugak. Baru la aku pun rasa bersemangat semula.

Teringat pulak diorang borak kat opis petang tadi; kasut kalau beli dan tak dipakai, lama-lama kasut tu akan rosak camtu je. Gam kasut tu akan terlerai la, reput la..etc. So, esok aku nak try pakai kasut tu, after that, nak anta gi cobbler kasi repair kalau boleh repair la. Sayang ooo, penat beli, dekat RM300 tuh. Memang best pun kasut tu, ringan.

Thursday, February 18, 2010

Capital Repayment

Kali ni aku dapat MYR15.30. Ok la tuh. Hari senin nanti leh gi bank-in.

Wednesday, February 17, 2010

AC Milan 2 Man Utd 3

So unexpected! Ni dah kira bonus untuk MU sebab menang kat San Siro. Apart from that, from what i heard, this is the first time MU berjaya score dan menang kat San Siro.

Tapi memang agak suspense la sebab MU conceded early goal, as early the 3rd minute to Ronaldinho's deflected strike of Micheal Carrick. Aku ingatkan MU akan kene belasah dah, sebab lepas Ronaldinho score tuh, Milan terus created a lot of golden opportunity to increase the gap. Nasib baik finishing diorang tak menjadi dan jugak ketereran Van der Sar.

Nani started the game, tapi his contribution agak kureng compared to his performance in the last 5 games. MU finally dapat equalize, thanks to Paul Scholes magic shot. Aku rasa dia sebenarnya nak volley je bola tuh, tapi miskicked dan bola tuh kena plak tepi lutut kiri dia dan melantun ke tiang gol sebelah kanan Dida. Tu la gol pembakar semangat kot.

Second half, Nani kua for Valencia. Baru je kejap Valencia masuk, terus Rooney score dengan header from Valencia's cross. San Siro terdiam. MU terus bersemangat. Macam main kat OT la pulak. Tak sampai 10 minit lepas 2nd goal tuh, Rooney strike again. Kali ni heading jugak, but assisted by Darren Fletcher. An easy goal, camne Rooney boleh free je duk kat tengah-tengah antara 2 defender Milan pun aku tak tahu. Diorang tak nampak Rooney kot.

Sebelum Rooney score the third goal tuh, Beckham kua, ganti dengan Clarence Seedorf, antara orang yang Rooney paling takut selain dari Alex Ferguson. And it's clearly proven when Seedorf scored with a beautiful flick 5 minutes from stoppage time. Masa tu pun MU memang dah main cam agak leka dah. Tu yang aku cukup tak suka bila MU main camtu. Dah tak 100% on the pitch dah.

Hopefully MU will finish the job beautifully at OT in 3 weeks time!


Yang paling bestnya, Real Madrid kalah dengan Lyon 0-1 kat Lyon. Padan muka. Aku harap sangat RM out from last 16 ni. Biar diorang seri or kalah lagi sekali masa return leg nanti. Padan muka Ronaldo dan Florentino Perez.

Tuesday, February 16, 2010

Panas

Nasi Kukus Ayam Goreng Wafie di Greenwood
Cuaca agak panas 2-3 menjak ni. Maklum la, panas sebab dosa-dosa manusia yang berusaha sedaya upaya nak merosakkan dunia ni. Kalau boleh nak dunia ni rosak secepat mungkin. Tu la jadinya bila duit dah mengaburi mata dan hati.

Ada pokok, tebang semua, ada bukit, tarah semua, ratakan. Rakyat tak dapat dididik untuk menjaga kebersihan sebab orang yang berkuasa lebih pentingkan perkara lain dari perkara-perkara asas sebagai hamba Allah. Tu la jadinya akhir zaman ni. Manusia-manusia yang nama je beragama Islam, tapi mengamalkan cara hidup sekular dan jugak berjaya dirosakkan oleh anasir-anasir Yahudi dan musuh-musuh Islam.

1Malaysia rosak...

Gambar kat atas tu takda kena mengena dengan bebelan sebelum tu. Tu cuma dinner aku untuk malam ni je. Wifey makan nasi kerabu lauk daging bakar.

Ronaldo my cat nampak macam ada masalah bercinta dan gila kuasa sekarang ni. Bila terlepas kejap petang tadi, dia asyik nak lari dari aku je. Pastu marah bila Bubut ajak dia gurau. So, kejap je la Ronaldo dapat menikmati keindahan petang di Kampung Changkat. Sebab aku kondokan dia semula sebelum dia pergi jogging lebih jauh.

Nak cari ubat kurap Bubut tapi takda sebab semua pet-shop still tutup sempena CNY.

Malam ni, AC Milan vs Man Utd, Champions League last 16 first leg knock out stage, kick off at 0345hrs. All the best!

Sunday, February 14, 2010

Ayip & Ammar Lepak With Pak Ngah


Ni la 2 beradik yang tak jadi balik Tanjung Karang di pagi CNY. Tapi dress-up cam nak gi collect ang-pau dah.

Dengar cerita, 2 orang hero ni la yang L.A.R.I dari sekolah baru-baru ni. Bahaya betul. Nasib baik la sekolah diorang tu dalam kawasan IKBN jugak. Kalau luar kawasan tu, lagi la terdedah kepada macam-macam risiko yang lagi tinggi.

Camne takmo kasi diorang lari lagi?

Thursday, February 11, 2010

Kucing Mata Satu

PELIK...anak kucing tanpa hidung dan bermata satu.

SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.

Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.

Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.

“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.
----------------------------------------------------------------------------------
EPL

Villa 1 Man Utd 1
Arsenal 1 Liverpool 0
Everton 2 Chelsea 1

Awal pagi tadi punya game agak menarik la. Tapi agak kurang memberangsangkan untuk MU. Patutnya MU menang la game tu. Dah la Chelsea dah kalah, MU pulak tak menang. Tapi aku happy la jugak walaupun draw sebab MU main 1 jam dengan 10 players lepas RosNani kene straight red card, (3 matches suspension; final Carling Cup against the same opponent included) lepas two foot tackle kat player Villa. Nasib baik la masa tu MU dah equalise. Villa score dulu.

Giggs pun injured during 2nd half. Valencia masuk masa 2nd half to replace Scholes and then Berbatov on for Giggs. Patut Park Ji Sung masuk last 10 minutes tu to mobilise both flank. Tapi takpe la. Sekarang dah gap 1 mata, number of game pun sama, MU advantage in goal difference.
----------------------------------------------------------------------------------
Meow

Mama bitau anak Cheeky yang kaler hitam tu bengkak kat perut dia, macam dah nak pecah. Cheeky plak tak makan Blackwood tuh. Tak selera kot. Kitten yang kudung tuh ok pulak, sihat la hopefully.

On the way balik rumah subuh tadi, aku nampak dari jauh sekor kucing berlari melintas jalan. Masa tu ada cab tengah approaching jalan tuh. Aku dah agak ni mesti tak lepas. Memang tepat aku punya prediction. Bila Kelly dah dekat dengan tempat tu, aku nampak that poor meow menggelupur kesakitan, dan aku sempat nampak ada darah sket kat atas jalan tuh. Ya Allah, aku sangat-sangat sedih, sakit hati, frustrated. Memang aku bergenang dengan air mata awal pagi ni. Kenapa mesti kucing tu mati dalam keadaan macam tu? Aku sangat-sangat sedih.

Ni la kali ketiga aku tengok/experience benda-benda camni. Dulu anak kucing aku kena gilis dengan lori sayur betul-betul kat depan rumah Fama ni. Secondly, aku sendiri yang melanggar sekor poor black cat yang tetiba melintas jalan kat Shah Alam. And this morning, sekor lagi binatang kesayangan aku menjadi mangsa.

Doa aku, Ya Allah, kau ambillah kembali semua kucing-kucing yang terbiar ni daripada mati dalam keadaan yang kejam dan penuh kesakitan camtu, dan jugak daripada menjadi mangsa kezaliman manusia.

Sampai kat opis mood aku hari ni agak down. Sangat-sangat down. Semoga kucing tu dah berada di syurgaMu. Amin.

Monday, February 8, 2010

Jumpa Jugak Akhirnya

kedai-kedai kat area Rojak Din tuh..
ni la RM5 sepinggan, rojak + sutun...Sani baru mukaddimah

Dengan suka citanya dimaklumkan pada semua bahawa aku dah jumpa Rojak Din kat Ampang Hilir tuh. Sebelah MRR2 Ampang, bersebelahan jugak dengan bekas lombong; Taman Tasik Ampang Hilir.

Aku lunch dengan Sani kat situ. Tempatnya tak sesuai la nak bawak family tengahari buta sebab panas. Kalau kul 5 ke atas tuh orait la kot. Lagi satu info yang aku dapat pasal tempat ni ialah diorang bukak 24-7. Bagus la tuh, kalau aku tahu diorang tak tutup memang aku dah pergi dah petang Sabtu hari tu. Crowd tak la ramai sangat waktu lunch sebab panas kot.
---------------------------------------------------------------------------------

salam takziah untuk Encik Ismadi di atas pemergian adiknya, ipar serta 4 orang anak saudaranya yg terbunuh dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Senawang awal pagi tadi. Al-Fatihah; semoga mereka semua ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.

Sunday, February 7, 2010

Man Utd 5 Portsmouth 0

Excellent result. Hatrick of own goal i could say. Another cool display by the defending champion ahead of away games to Aston Villa in midweek. Nani & Antonio Valencia both in the starting line-up with Nani playing on the left and the later on the opposite flank. Tapi aku nampak Nani lebih sesuai main on the right compared to the left. Tapi at least dia berjaya jugak create one of the o.g tuh. Congrats Nani.

The Devils patutnye dapat score 8 bijik malam tuh, tapi poor finishing from Berbatov, Valencia and Mame Diouf prevented Utd from registering a bigger win margin. Goal differences are important!

Aku kesian dgn Pompey. Tapi apa nak buat, aku die hard MU supporter. Kesian dgn Pompey sebab masalah kewangan kelab tu je la.

The scorer, Rooney, Nani (o.g), Carrick (o.g), Berbatov, own goal.

Other important result:

Hull City 2 Manchester City 1
Liverpool 1 Everton 0

Saturday, February 6, 2010

Part-time Maid

Hari ni banyak aktiviti kat rumah sebelum nak balik ke rumah Tokma & Seksyen 6. Penat dari malam tadi pun tak ilang lagi, sebab malam tadi dinner mee segera Adabi yang tarikh expirednya ialah hari ni. Tapi aku rasa ok je. Daripada buang membazir je kan, baik aku settlekan dulu.

- basuh kain and jemur kain
- lap dan cuci standing fan kat master bedroom
- cuci stain kat atas lantai sket where visible
- sapu habuk kat lantai
- clearkan sinki kat dapur

malam ni MU(2) lawan Pompey(20). Aku harap MU tak underestimate Pompey la, ya lah sebab Pompey tengah masalah kewangan dan pastu struggling to avoid relegation. Biasanya team bawahan ni bila lawan dengan top teams macam MU ni diorang punya performance lain macam sket. So, MU kene beware & main cam biasa. Aku predict MU menang la 4-0.

Petang sket aku kua, niat asal nak gi tapau rojak Din Ampang Hilir tuh. Aku siap study garmin map kat notebook aku dulu sebelum gerak tuh. According to blog yang aku baca pasal rojak tuh sebelum ni, lokasinya nampak cam simple je. Tapi bila aku dah sampai area Jalan Ampang Hilir 1 tu, aku tengok takda tanda kewujudan stall rojak pun. Tak meniaga ke arini? or aku salah tempat. 2-3 kali aku tawaf area tuh sampai berapa banyak embassy dah aku lalu, last-last aku chow ke rumah Fama.

Hujan agak lebat petang ni kat KL. Anak-anak Cheeky yang dua ekor tuh still survive. Tapi poor kitten yang kaki dia tuh terjerut tali pusat tuh. Kaki dia dah putus separuh. Sedihnya. Aku tak nampak ada bleeding pun. Hopefully takde infection. Yg leganya, at least dia kudung dari kecik, so that dia akan get used to it, so bila dah besar dia tak la kekok nak buat aktiviti harian dia. Poor little kitten.

Lepaskan kaum kerabat dalam kondo tuh kejap. Pastu terpaksa masukkan balik sebab ujan dan Kaka dah start pancut kat Honda City. Ronaldo pun dah terer pancut dah sekarang. Dah grown up la tu kot.

Aku call Jeffry tanya exact location rojak tuh. Dia bitau stall tuh dekat parking lot Taman Tasik Ampang Hilir rupanya. I was a whisker away from the exact location tu la rupanya. Takde rezeki la hari ni nak belanja family aku makan rojak.Next time la ye.

Thursday, February 4, 2010

Streamyx & Chelsea JT Scandal

STREAMYX

Mula2 pasal Streamyx service termination. Pada sesiapa yg baru nak subscribe Streamyx ataupun pape saja 'Internet Jalur Lebar' utk kegunaan kat rumah ataupun memana saja, sila la berhati2 dgn term & condition agreement tuh. Biasa la kan, most of us malas nak baca term & condition yg penuh dgn legal terms tuh. So, diorg pun tahu biasanya potential client malas nak baca benda2 tuh (bukan semua la), maka macam2 la term yg pelik2 yg bakal menguntungkan service provider tu akan muncul. In the end, kita la yg akan terkena.

Yang sakit ati tuh, masa promoter diorg dulu duk sibuk duk promote suh kita sign up dulu, takde plak diorg bitau pasal termination ni. Siap ada 1 year auto-renewal subscription tuh? What the heck??? Macam ni la kot caranya diorg nak amik kesempatan dan tambah kekayaan. Patut la tak berkat keuntungan syarikat tuh kot.

CHELSEA

Ni yg best sket. Skrg tgh kecoh kes John Terry dgn scandal ex-fiancee bestfriend dia. ( Bestfriend JT; Wayne Bridge, now playing for Man City ). Si WB ni pulak dah ada anak dgn ex-fiancee dia ni. Dikatakan oleh media2 Britain tuh, si awek ni, apa nama ntah, Vanessa something ni, bukan takat jadi fiancee WB ni je. Dalam masa era Claudio Ranieri tuh jugak, si Vanessa ni ada affair dgn a few Chelsea players yg lain. Macam dalam The Sun UK cakap, antara bf2 Vanessa selain dari WB ni ialah; Eidur Gudjohnson, Adrian Mutu, JT dan ada lagi sorang player misteri yg diorg belum exposed.

Tgh hot skrg ni JT la, sebab wife dia macam dah nak tuntut fasakh siap lari naik jet ke Dubai sebab nak separate dgn JT.

Pastu plak Hull City pagi semlm tambah lagi kekalutan Chelsea bila diorg just seri je dgn player Phil Brown tuh kat KC Stadium. So skrg, gap Chelsea dgn MU ialah 2 points with game already in level term. Suka giler Alex Ferguson kot, ya la, dia duk harapkan Arsenal dapat buat something. Tup2 Hull City pun dah awal2 lagi membantu. Aku harap Arsenal akan berjaya cilok point or prevent Chelsea dari dapat max point kat Stamford Bridge nanti. Nampak macam impossible, tapi it's football anyway.

Jgn MU plak buat taik dgn Pompey kat Old Trafford dah le. Prediction MU 4 - Pompey 0
----------------------------------------------------------------------------------

Mack tgh ngajar big boss aku pasal FX Outright Forward. Aku dgr pun mcm confused je. Bagus gak kalau aku study pasal FX Outright Forward ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...