Saturday, January 30, 2010

Penat

Pukul 1022hrs baru tersedar, tu pun sebab darling call. Terus takleh tdo dah pastu. Teringat kanak-kanak yang maybe dah lapar. Bangun, buat pape yang patut, pastu bersihkan kondo kucing.

Sekor lagi anak Cheeky mati. This time a bit complicated. Aku rasa the poor kitten tu mati sebab leher dia terjerut dengan tali apa ntah yang aku rasa kua sekali masa Cheeky delivered those 4 kittens. Poor baby. Bukan tu je, tali tu jugak terbelit kat kaki belakang sekor kitten lagi yang survive, buat berisiko untuk kehilangan kaki belakang dia sebab aku tengok kaki belakang kitten ni terkulai cam patah. Panic. Aku tak tahu apa nak buat.

At last aku beranikan diri untuk amik gunting, dan potong tali yang membelit kaki belakang kitten yang masih hidup tu untuk pisahkan dia dari the dead kitten. Poor Cheeky. Aku tak salahkan dia. Maybe kondo tu tak sesuai untuk dia deliver anak-anak dia kot. Maybe my fault.

Lepas aku potong tali yang mencantumkan dua kitten tu, lega sket. At least the surviving kitten tu dapat bergerak lebih kuat daripada sebelumnya. Sekarang aku tengah risau pasal kaki belakang kitten tu pulak. Hmmm...

Sambil tu aku bilas si Kelly tuh sket. Comot sangat nampaknya. Pasni nak ke OTK, beli burger, pastu balik Setapak to mandi, solat and amik semua barang yang darling pesan suh bawak balik Shah Alam. Then on the way tu nak singgah Kampung Baru, nak cari gel Gamat Healin untuk hilangkan parut lepas surgery.

Friday, January 29, 2010

Hujan Jugak Akhirnya

Dah lama jugak tak hujan. Panas je tiap-tiap malam kat rumah. Nak tidur malam pun terpaksa pasang kipas dan 'aircond' maksimum. Malam tadi dalam kul 12 lebih, hujan turun. Mula-mula tu renyai jer, pastu lebat. Terus aku turn off the 'air-condition' tuh.

Ni dah hujan lagi. Lebat le jugak. Alhamdulillah!!

Thursday, January 28, 2010

Cheeky Selamat Bersalin

Aku balik Gombak jap sebab nak feed the cat semalam. Bukak je pintu condo kucing tu, terus nampak kekucing aku yang tengah lapar. Semua nampak ok. Kaka terus macam nak terjah kua dari kondo dia tuh.

Tapi yang paling haru, aku nampak one of the kitten's body, almost headless, lying on the floor. Aduhhh!!!! Sapa punye keje la ni. Was it Cheeky? or Kaka?

Lain dari tu, ada 3 ekor lagi kitten yang tengah tidur. Cheeky pun nampak macam kelaparan, dehydrated. Bontot pun nampak kusut masai lagi macam baru je sangat delivered. Kitten tu punya colour, biasa la, hitam putih. Warna-warna Cheeky dan Ronaldo.

Macam Ni Pun Ada Ke?

Sakit rahang aku gelak...

Thursday, January 21, 2010

Appendix Removal Surgery At Pusrawi

The procedure took place at Dewan Bedah, Level 3, Hospital Pusrawi around 1500hrs, led by Doctor Razipah. Alhamdulillah it all goes well without any complication. Poor my wifey. Don't worry darling i'll always be there for you.

Monday, January 18, 2010

Wifey Admitted

Ni la salah satu sebab utama aku start jadi blogger boy ni. Dah bukan tahap boy dah sebenarnya pun.

Doctor Razipah; reccomended by Doctor Fazilah, nak buat further check-up on wifey. Ada abdominal pain. Wifey admitted to Wad An-Naeem, Level 5, Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak. Opposite IJN tu la, in between Hotel Putra and Wisma Sejarah.

Sebenarnya wifey baru je discharged dari Wad As-Salam hospital yang sama on January 8th. Dia admitted on January 6th, tapi sebab dia still rasa sakit. Tu yang kena masuk balik tu...

Risau aku... harap-harap takda apa-apa yang serius la, InsyaAllah.Amin.

The Need To Blog

Assalamualaikum

Terasa cam gatal nak blogging la pulak. Maybe sebab aku dah ada notebook kot. So, here it is, my first post.

Apa yang aku nak sumbat dalam ni pun aku belum decide lagi. Maybe citer pasal current life, pasal family activities, pasal Manchester United dan jugak pasal memeow aku.

p/s

Sebenarnye Kelly 3572 ni lahir on January 29th, 2010. Aku dah backdated kan post ni sebab ada major event yang aku rasa perlu aku include dalam ni.

xoxo

.Happy Reading to you.
.Happy Blogging to me.

Sunday, January 3, 2010

Mat Rempit


Encik Kitam bersungguh-sungguhnya bergaya dengan motor Apai

Ni la superbike Dede Apai. Masa ni port kejap kat rumah Tokma untuk tontonan kitorang, terutama Encik Kitam yang tak sabar-sabar nak bergaya atas motor ni...ha ha ha. Dede Apai dah start hobi baru dah ni kot. Dengan business racing suitnya kat Facebook tuh dah menampakkan hasil yang menggalakkan, elok la jugak dia sendiri dapatkan sebijik motor yang best camni.

tukar le motor kapcai cabuk tuh Yip....

So, sesiapa yang berminat nak buat racing suit, specially untuk mat rempit motor besar camni, silalah cari kat Facebook profile ni; Custom Racing Suits untuk membuat sebarang pertanyaan ataupun tempahan. Klik le sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...