Kelly 3572

Friday, December 31, 2010

2012, Blood Diamond & Tayar Yokohama To End 2010

Assalamualaikum

Mentang-mentang la hari ni dapat cuti terkejut sebab menang Piala AFF, maka aktiviti harian pun dah jadi sedikit kacau bilau. Apa nak buat di hari Jumaat yang mulia ni? Teringat big boss aku bising-bising membebel semalam kat office semata-mata tak puas hati dengan cuti yang gomen kasik hari ni. 

"Kenapa la nak kene cuti pulak hari ni, it's not like you're winning a world cup ke, it's just s stupid cup!"

Bukan aku yang cakap ok, aku re quoted apa yang dia cakap je. Ha ha, hilang mengantuk aku bila dengar dia start membebel pasal bola. Lawak betul la bila dapat big boss yang business minded cam ni. Rugi la satu hari punya business dan income ye tak? Paling aku tak tahan bila dia mentioned stupid cup tu la. Kesian kalau player Malaysia dengar ni. Bukan senang nak menang international tournament sekarang ni. Papepun, aku tetap hargai kemenangan kita itu. Boss aku je tak suka kot...
Since tv reception pun still hampeh, memaksa wifey, aku dan Ridzuan tengok la citer 2012. CD ni memang dah lama aku beli, kat Feringghi jugak la, cuma belum tengok sampai la petang ni.

Menakutkan jugak bila terbayang macamana la keadaan hari kiamat nanti. Sure lagi teruk dan horrible dari yang digambarkan dalam movie ni. Tapi untuk movie ni memang la banyak unsur tak logik kalau difikirkan betul-betul. Kalau dah watak utama tuh, memang terselamat la dari malapetaka ni. 

Petang ni sepatutnya aku ke majlis tahlil rumah sedara jauh sebelah papa dekat Taman Zoo View, Hulu Kelang, tapi perut aku tetiba meragam, flat giler aku macam tayar Kelly arituh. Pengsan la aku dari lepas asar sampai la pukul 2000hrs. 

Bila dah lega sket lepas sapu Citronella Cream tuh, aku ajak Ridzuan temankan aku gi kedai William for mission nak tukar tayar. 
William suruh pakai Yokohama, ikut je la
Sampai kat kedai tuh, tengok ada 2 buah kereta yang William tengah belasah. Kitorang pun tunggu la sampai la kitorang punya turn, mungkin last customer for 2010 kot. Dia suruh pakai Yokohama, harga sebijik MYR155.00. Mahal jugak kan? Aku tak survey pulak harga tayar yang latest kat market. Yang aku dapat ialah list harga tayar yang dah outdated. 
new year treat for Kelly
Dari tayar yang aku checked tuh, nampak la Yokohama ni manufactured in 3710(week/year), ok la kot. Agak baru la tuh. William cakap tayar Yokohama ni lebih tahan lama berbanding dengan Goodyear. Tapi aku rasa, semua ni pun bergantung kepada macamana kau drive dan jaga tayar jugak kan. Tapi takpe la, aku ikut nasihat dia sebab dia lebih pakar kan.

Dekat pukul 2300hrs jugak la baru settle semua urusan dengan William ni. Melayang MYR675.00 untuk 4 bijik tayar, alignment and balancing, pastu dia betulkan brake sket. Suka hati kau la William, janji Kelly sihat dan selamat.

Lepas tu kitorang gi beli satay Sri Melaka kat AU5 sebab wifey pesan nak makan satay. Sampai dekat rumah pun dah a few minutes past midnite. Dah bunyi dah bising-bising orang-orang bodoh bakar duit takat nak celebrate 2011. Suka agaknya diorang bertambah tua. Terpekik terlolong macam beruk, aku rasa beruk kat hutan dan zoo pun rileks je, maknanya, yang terpekik terlolong tu even worse dari monyet-monyet dan beruk-beruk yang aku rasa lebih comel dari perangai manusia ni.
Sambil layan satay, wifey bukak Blood Diamond ni, wpun dah penah tengok aritu, tapi sebab kebosanan akibat signal tv yang tengah merapu ni, maka sama2 la kitorang layan citer lakonan bekas hero idola remaja zaman Titanic dulu, Leonardo DiCaprio, yang aku selalu menjawakan nama dia to Leonardo DiCarpio.

Citer ni macam kisah benar. Tapi dari segi logiknya mungkin la ada kait mengait. Recommended to watch okay peeps! A good movie. Biasa la, kalau mamat ni berlakon sure nak sad ending kan. Dia mati at the end of this story. Ha ha... saje je bitau ending kan.

Wednesday, December 29, 2010

Indonesia 2 Malaysia 1 (Aggregate 2-4) ; Birmingham 1 Man Utd 1

Assalamualaikum

Awal pagi tadi MU sekali lagi menunjukkan bahawa diorang season ni hanya jaguh kampung. Dropped another 2 precious points at St Andrew Stadium in the cold evening kick-off. Elsewhere, the noisy neighbor thrashed Aston Villa at Eastland 4-0 to go second in the EPL table with Mario Ballotelli grabbed the hattrick.

United players totally losing their concentration, again, in the dying minutes of the match when they allowed Lee Bowyer to tap in the ball into Van der Sar's post deep into 90th minute. This is the 7th away draw for United this season, 14 points into the drain, simple as that. All other opponents can predict the scoreline when they're hosting United soon. Really hope you'll read this Fergie!!! Your boys never ever learned from their mistakes!

Credit goes to Berbatov for continuing a good runs of goal to strengthen his position as the top goal scorer in the Premier League so far. United players were not fully recovered from Saturday's game against Sunderland. Birmingham game against Everton was called off due to bad weather on Saturday, so, they had the advantages of resting their players for the match against United. You're forgiven guys! At least, United ended 2010 at the top of the table.

For the first game of 2011, away to West Brom on Saturday. Another draw Fergie?

~ Malaysia Won The AFF Suzuki Cup 2010 ~

Tahniah kepada pasukan Malaysia sebab berjaya jugak bawak trophy Suzuki Cup dan cash USD100k balik ke Malaysia. Aku tengok Malaysia main kali ni lebih baik daripada masa 2nd leg semifinal kat Vietnam dulu. Jauh lebih baik. Gol Safee Sali menyukarkan lagi pasukan Indonesia untuk bangkit memberi saingan dan mencari peluang untuk menjadi juara. Tahniah juga kepada pasukan Indonesia kerana berjaya mara ke final.

Indonesia sepatutnya tidak melepaskan peluang untuk merapatkan kedudukan bila mensia-siakan penalti yang diperolehi. Keputusan mungkin berbeza sekiranya pasukan Indonesia berjaya memanfaatkan penalti tersebut. 
port aku kat depan KFC dan Klinik Mediviron Setapak
TV kat rumah aku still tak dapat signal yang ok, jadi aku terpaksa la ke kedai yang ada big screen untuk layan 2nd half game tuh. Paling selesa untuk aku tengok kat depan KFC tu la. Gambar kat atas ni masa aku tengah berdiri sebab takde seat kosong. Memang ramai giler orang tengah tengok game ni. Ada 2 gerai tayang big screen kat sini, satu gerai bukak siaran TV1, lagi satu gerai bukak siaran Astro SuperSport. Ada la delay 2-3 second between those two channels. Tu yang lawak tu, bila Safee scored, TV1 viewer bersorak dulu, pastu baru Astro viewer bersorak.
finally aku dapat seat yang best
Midway into the second half baru la ada seat kosong. Aku duk je sensorang kat situ sampai la ada satu brader ni datang tumpang lepak sama. Borak-borak la dengan brader dancer dari Muar ni. Dia tinggal kat Sentul dengan adik dan sepupu dia. Lepak dengan aku sambil tunggu kawan dia datang pick-up. 

Aku blah dari situ lepas prize giving ceremony. Safee Sali jadi penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol. MVP dapat kat player Indonesia, aku tak tahu siapa namanya. 

Aku tak tengok game ni dari awal, tapi dari 2nd half yang aku tgk tu, game kali ni nampak lebih terkawal. Takda gangguan laser kot, jadi syabas kepada pihak berkuasa Indonesia dan jugak penyokong-penyokong Indonesia. Kepada pasukan dan penyokong Indonesia, jangan kecewa sangat ye, cuba lagi di tahun hadapan. Mana tahu rezeki kamu pulak di tahun 2011. It's just football anyway. Manchester United all the way... :)

FIFA Current World Ranking

Indonesia 127
Malaysia  144

Tuesday, December 28, 2010

Vampires Suck

Assalamualaikum

Hari ni tv signal reception kat rumah aku still mengong. Balik dari keje tadi lepas beli dinner kat Setiawangsa tuh, kitorang gi usha kedai William, nak tgk bukak ke tak hari ni. Sebab dulu aku ingat dia cakap workshop dia tak bukak hari apa ntah, tapi during weekdays la, weekend dia on. Sampai depan bengkel William, hmm, tutup. Hari Selasa bengkel dia tutup!!!
Sampai rumah, dinner depan tv sambil layan la cd Batu Feringghi yang aku beli aritu. Citer lawak bodoh yang making fun of almost everything yang glemer2 kat Hollywood tu. Obviously, The Twilight Saga yang jadi bahan paling teruk... Gossip Girl pun masuk jugak, Lady Gaga, Chris Brown etc.

Aku sorang je yang layan sampai abih. Wifey tak berapa gemor citer cenggini. Aku suka la citer lawak bangang camni. So, kalau korang nak join gelak ketawa, cari, beli or donlod le citer ni yer.

Monday, December 27, 2010

Remember Me

Assalamualaikum

Balik keje tadi, ingatkan nak gi kedai William, nak tukar tayar cik Kelly ni. Tapi sebab dah agak lewat sampai rumah dan belum dinner, maka hajat nak bagi Kelly 'kaki' baru terpaksa ditunda sehingga malam esok lepas balik keje pulak. 

Kat rumah pulak tv signal reception pulak buat hal, tak tahu la sebab apa, hujan lebat ke, or diorang tgh upgrade Astro punye dish ke, semua channel tv yang tak berbayar tu tak clear. Boring la ni, aku suggest kat wifey layan movie je la. CD2 Penang tuh belum habis cover la. Ok set! 

Wifey pilih citer Remember Me, lakonan Robert Pattinson a.k.a Edward Cullen in Twilight Saga tuh dengan heroinnye pulak, Emilie de Ravin a.k.a Claire dalam TV series; Lost.
Citer ni best jugak untuk dilayan. Lebih2 lagi kalau peminat dracula pucat lesi ni, kasi je la citer apa, janji dia berlakon sure ramai orang suka tengok, especially pompuan la kot. 

Aku terkejut tengok starting citer ni dan endingnye kite macam boleh agak dari tajuk movie ni sendiri. Malas citer lebih2, kalau korang belum tgk, sila la dapatkan movie ni di mana2 je la, faham2 sendiri la ye. Moral of the story, hargailah kaum keluarga dan orang yang tersayang selagi mereka masih lagi ada disekeliling kita.

~ Malaysia 3 Indonesia 0; Man United 2 Sunderland 0 ~

Honestly, aku tak sangat tak sangka Malaysia boleh menang dengan jaringan camni. Aku expect kalau menang pun mungkin la dalam 1-0 ke, 2-1 ke kan. Tapi, dengan 3-0 ni dah kire bonus ni. Tahniah kepada jurulatih dan semua pemain Malaysia. 

Cuma aku tak paham, kenapa Malaysia tak dapat sepakan penalti masa Markus menjatuhkan S Kunanlan tuh? Sila la bitau aku ye kepada sesiapa yang tahu sebabnye ok? 

Man of the match? Bagi aku mmg jelas lagi nyata, Norshahrul Idlan Talaha si pengantin baru tuh. Perghh!! Dia mmg superb and gifted player. 2-2 goal yang dia set-up tu mmg cun. Aku dah rasa macam tengok game EPL pun ada jugak. Aku rasa kalau manager2 kelab Eropah ada tertengok game ni, mungkin la ada yang berkenan nak Shahrul tu gi training dengan diorang seminggu dua kot. Semoga player no 9 kita ni terus maju dalam bolasepak ni dan semoga team Malaysia ni akan terus dapat menaikkan taraf dan martabat bolasepak Malaysia di persada (tgk..aku guna word persada tuh..) antarabangsa. 

Bagi aku, apa pun result kat Stadium Gelora Bung Karno nanti aku dah tak kisah, tapi mmg la kalau boleh nak menang. Cuma aku sangat puas hati tgk cara Malaysia bermain pada separuh masa kedua. Kalau macam ni la cara Malaysia main, baru la penyokong tak rasa membazir duit sangat gi stadium. 

Yang negatif sket pasal game tu ialah, gangguan pancaran laser terhadap player, dan jugak kualiti padang. Yang lain, ok je la, cuma kalau boleh, penyokong2 lebih profesional dan bertamadun la sikit kan, baru la rasa selamat sket kalau nak bawak satu famili pergi stadium.

Manchester United?

Lagi 2 bijik goal sumbangan Berbatov, currently EPL top scorer. Anderson dan Giggs main macam apa ntah, tak leh aku nak describe kat sini. Tapi mmg best giler la. Sayang betul dapat 2 goal je. Kalau finishing semua ok, mungkin MU menang jauh lebih besar dari tu. Tapi, papepun, dah menang tu kire ok la, still top of the table with 2 games in hand. 

Sayang betul Park Ji Sung tak score dalam last game dia untuk United utk tahun 2010 ni. Dah kene balik kampung pulak main utk South Korea dalam Asia Cup kalau tak silap aku. 

Awal pagi Rabu nanti, MU akan ke St Andrew Stadium utk lawan Birmingham pulak. Game yang sangat tricky mengikut kata Giggs dan jugak Patrice Evra. Why tricky? Hard surface because of the weather, Bham good home record dan jugak sebab Birmingham tak main masa boxing day, game dgn Everton cancelled sebab gangguan cuaca ni la. So, player2 diorang lebih fresh sebab dah 2 minggu kot takde game. MU kene berhati2.

Hopefully Nani, Fletcher and Scholes will be in the starting line-up for that game!

Sunday, December 26, 2010

Tayar Apa Yang Paling Bagus Untuk Cik Kelly?

Assalamualaikum

Petang tadi aku gi usha tayar Kelly. Hmm, mmg flat giler dah. Aku ingat nak bawak gi Petronas nak isi angin, tapi Ridzuan kata takut tayar tu dah betul2 flat akan membengkokkan rim pulak. Dah alang2 adik ipar den ni dah nak gi Bukit Jalil for the 1st leg AFF Suzuki Cup Final, aku pun mintak la bantuan dia untuk menukar tayar cik Kelly ni. (Apa da... buli adik ipar yer...bukan buli, tapi sebab tak tahu buat sendiri ha ha!)
temporary spare tyre R13
Proses yang ambik masa dalam 15 minit camtu la. Dah, lepas ni aku dah boleh buat sendiri. Ha ha, kene upah Ridzuan nasi beriyani gam kambing kat Ruzz Aladin la ni.

Lepas ni nak kene hantar cik Kelly ke workshop Uncle William untuk cari pengganti Alicia Silverstone Kelly skrg ni. According to Arman, dia cakap Goodyear Ducaro is the best for Kelly and Kenari. Sani pulak cakap Falken pun ok. Ridzuan pulak bitau harge sebijik tayar skrg dalam lingkungan MYR130-140 sebab harga getah dah naik. Kalau tukar 4 bijik dah berapa kan. 
ni la tayar depan belah driver yang dah kronik tu
Seingat aku, Kelly mmg baru sekali je tukar tayar. Readers, kalau ada cadangan ataupun pendapat tentang masalah Kelly ni, please bitau yer. Thank you in advance!

Saturday, December 25, 2010

Suspek Utama Kes Pukau Dan Curi Menyerah Diri

Assalamualaikum

Sila rujuk laporan ni sebelum baca entry ni.

Menyedari ketiadaan mangsa pukaunya tempoh hari, suspek utama kes pukau tersebut yang ditemani oleh teman wanitanya, telah menyerah diri di rumah mangsanya di Kampung Changkat, Gombak tengahari tadi. 

Pihak berkuasa yang dihubungi mengesahkan bahawa suspek telah pun ditahan reman untuk membantu siasatan. Suspek yang berusia dalam lingkungan 3-4 tahun kelihatan tenang dan agak lapar ketika datang menyerah diri. 
Suspek utama kes jenayah yang menyerah diri tengahari tadi
Tuan empunye Bubut yang mmg sentiasa pemurah dengan kucing2 yang datang menziarah tu pun, terus menghidangkan Blackwood untuk santapan suspek dan juga teman wanitanya. Bubut yang dipukau tempoh hari dipercayai tiada dirumah kerana menjalani rawatan susulan dengan pakar neurologi (kronik betul...) di Prince Court Medical Center akibat trauma dengan kejadian ngeri yang dilalui itu.
teman wanita suspek juga turut direman untuk membantu siasatan
Suspek, John Doe dan teman wanitanya, Mary Jane Doe kelihatan begitu baik dan mungkin dah insaf dengan segala salahlaku mereka sebelum ini. Dah macam tahap kucing manja la pulak jadinye. Gesel2 kat kaki, boleh dukung2 dan mudah untuk diajak bergambar, lebih2 lagi bila diberitahu gambar2 ni akan dimasukkan dalam blog tuan empunya Bubut. Kepada John Doe dan Mary Jane Doe, please leave your comment if you read this post ok! 

~ Daniel Tam & Teh Alissa ~

Lepas solat zuhur, kitorang balik rumah dulu to pick up things and the terus balik Shah Alam pulak. Sampai Shah Alam, terus aku layan Tam & Teh ni. Makin besar dan makin nakal budak 2 ekor ni. Maknye, Cattyjah ntah mana pergi ntah. Mungkin lepak kat Kompleks PKNS kot. Masalah betul ni. Nak kene kembiri la ni. Kang balik2 je bunting pulak. 
play time 2 beradik ni
Mata si Teh ni masih maintain biru. Ni mesti bapaknya dulu stok mata biru la ni. Yang Tam ni pulak mmg hitam legam, tapi hitam2 pun comel. Kutu2 pun takde aku tengok. Esok lusa nak kene tempah Blackwood lagi satu bag la ni. Stok BW kat Gombak pun nampak dah berkurangan.

Balik dari surau tadi aku perasan kaki cik Kelly dah kekurangan angin dengan sangat kronik. Maybe its time to replace with a new set. Cash outflow...again and at year end. 

Friday, December 24, 2010

Kenduri Kahwin At Restoren Nelayan Titiwangsa

Assalamualaikum

Hmm, malam ni ada kenduri kahwin pulak nak kena attend. Ni parent punye old friend la ni, anak pompuan dia nak kahwin. So, aku, wifey, Tort and mama plus the 2 Jelitas will be there, InsyaAllah.
cantik interior design utk wedding ni
Kitorang sampai kat situ dekat-dekat pukul 9 jugak la. Maklum la, hari ni kan keje, so nak bersiap dan make-up tuh slow la sket. Nasib baik wifey tak keje hari ni sebab TI buat mass vacation.
tapi sayang la gambar kualiti kurang sket, maklum la camera phone 3.2M jer...
Aku ingatkan Restoren Nelayan tutup malam ni sebab ada wedding ni, rupa-rupanya tak tutup pun. Majlis resepsi tu dibuat kat satu dewan khas (indoor) kat restoren tu jugak.
door gift yang cute

Adrea dan suaminye; sorry aku lupa nama hubby dia yang agak unik tu...

kitorang seat dgn Auntie Ma punye sedara mara la pulok... 

~ Stesyen Putra LRT Sri Rampai ~

Hari ini dalam sejarah. Setelah didiami oleh hantu-hantu sejak sekian lama, akhirnya, pada jam 0600hrs pagi tadi, Stesyen Putra LRT Sri Rampai telah secara rasminya beroperasi. Dengan beroperasinya stesyen berkenaan, maka ianya akan memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan berhampiran, terutama sekali penghuni Desa Putra Condominium yang letaknya betul-betul bersebelahan stesyen LRT tersebut.

Pusat membeli-belah Wangsa Walk Mall juga terletak berhampiran dengan stesyen LRT tersebut.  

Thursday, December 23, 2010

The Social Network

Assalamualaikum

Malam ni kitorang decide nak layan movie pulak sambil dinner. Memula tu wifey cakap nak tengok Takers, tapi oleh sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan (quality tak elok gara-gara beli cetak rompak kan!), maka wifey suggest tengok The Social Network.

Rasanye semua manusia dah tahu pasal citer ni kan, kisah benar tentang pengasas Facebook. Sesuai la kalau korang yang ada Facebook account nak tahu asal usul Facebook ni dan siapa dibelakang Facebook ni. Tahun bila wujudnya Facebook, macamana nak dijadikan cerita kewujudannya dan kontroversi yang wujud selepas itu.
Citer ni dicalonkan dalam kategori Best Picture dan Best Actor dalam Academy Awards nanti. Sapa minat Justin Timberlake N'sync dulu tu pun boleh la jugak tgk dia berlakon jadi watak Sean Parker, business partner Shawn Fanning; creator of Napster. Ni sumber dari Wiki la neh.

~ Nasi Arab, Nasi Dagang, Nasi Kerabu Di Setiawangsa ~

Dah abih citer pasal movie. Lepas ni aku nak update dan promote bab makan-makan pulak. Tetiba terasa banyak betul aku nak update kat sini.

Hari ni aku nak share pasal gerai kat depan CIMB Setiawangsa yang jual nasi arab, nasi dagang dan nasi kerabu. Aku paling suka makan nasi arab pakcik ni. Wifey la yang introduced kat aku nasi arab ni. Sampai sekarang nasi arab tuh jadi favorite aku. Takde la best giler rasanya, tapi bagi aku ok la, kena dengan selera aku.
Tapi everytime kitorang singgah kat situ, orang sentiasa ramai. Mungkin la kena dengan selera diorang jugak kot. Nasi kerabu dan nasi dagangnya aku tak pernah pulak cuba. Wifey je yang selalu beli nasi kerabu pakcik tu. Nasi arab tuh kalau wifey beli biasanya RM7.00 la, lauknya ayam atau daging. Nasi kerabu pulak harga bergantung kepada lauk yang korang ambik.
Gerai pakcik ni bersebelahan dengan gerai jual buah. Sesiapa yang duduk kat Setiawangsa dan familiar area ni sure tahu gerai ni. Petang sket baru pakcik ni berniaga kot. Aku pun selalu singgah masa balik dari keje je. Nak tahu nasi tuh kena dengan selera korang ke tak, sila la singgah dan beli yer. Aku takde share dalam business pakcik ni yer, saja je tolong promote. He he he.


Location: (N3.177576 E101.741338)

Wednesday, December 22, 2010

Satay Sri Melaka @ AU5 Lembah Keramat dan Arnab Sesat!

Assalamualaikum

Hari ni aku cuti. Cuti replacement untuk hari datang testing masa 18hb aritu la. So, melepak puas-puas kat rumah sambil jadi surarumah sket. Petang sket baru chow ke Gombak. Sampai kat Gombak, mama cakap papa terjumpa seekor arnab yang tersesat. Tak tahu la macamana arnab tu terlepas dari sangkar ke, ataupun mmg ntah dari mana datangnya pun tak tahu. Jatuh dari kapal terbang ke... wallahualam!
ni la arnab yang malang itu, comel jugak kan?
According to mama, papa terjumpa arnab tu dekat tempat bakar sampah depan rumah masa balik dari masjid lepas Isyak kot. Bila papa nak tangkap, arnab tu dissappeared, macam hantu la pulok. The next morning, papa aku ternampak lagi arnab tuh memain kat depan rumah. Dapat le tangkap, sebab rabbit tu jinak la kot. Buat sementara waktu, arnab tuh menyewa la bilik kat kondo meow tuh. Berapa kadar sewa sehari tak pulak dinyatakan. Bilik rabbit tu pulak bersebelahan dengan pasangan gay, Bubut dan Ronaldo. Tak tau la diekor boleh terima ke tak kenyataan yang mungkin agak pahit untuk ditelan bila melihat papa meriba dan memanjakan rabbit comel tuh. Bengkek je kan...

My dad pergi jugak ke rumah jiran depan belakang bertanya kot-kot diorang ada kehilangan arnab. Tapi semua cakap takda. Terpaksa la boarding'kan' arnab tu kejap sementara tuannya datang mencari.
tengah feed rabbit ni makan roti gardenia
So, sapa ada hilang arnab kaler putih bertompok-tompok hitam? Gambar nanti aku upload, InsyaAllah. Tak pernah ada arnab dalam diari hidupku...keh keh keh... senang ke nak bela arnab ni ek? Sure makan pun selalu nak kena kasi carrot.

~Dinner @ Satay Sri Melaka~

Lepas solat maghrib aku kua to pick up wifey at TI. Dah sampai TI and jumpa wifey, dia cakap nak makan satay kat RnK Setiawangsa. Aku pun cakap kat wifey, why not kite try makan Satay Sri Melaka kat AU5? Wifey tanya sedap ke satay kat situ? Aku cakap mungkin ok kot sebab Sani baru je beli satay tuh dengan quantity yang agak banyak dan takde komplen pape pun. Wifey kata ok on je!
RM0.70 sen secucuk tapi besar sket sizenye...
Kitorang gi Petronas Setiawangsa dulu to get some cash. Pastu terus ke gerai Satay Sri Melaka tuh. Banyak jugak gegerai makan kat area tuh. Ni latitude(3.200934) and longitude(101.756353) gerai tuh just in case kalau korang nak cari guna GPS device and navigator.
dekat dengan Petronas dan Esso AU5, gerai hujung sekali
Ramai jugak orang kat gerai satay tuh. Aku pun sangat bernasib baik sebab masa aku sampai kat situ, ada satu parking kosong dan jugak ada table kosong. Memang rezeki nak merasa satay Sri Melaka la ni kan.Ye la, asyik-asyik kalau nak makan satay, order satay Kajang Haji Samuri ataupun satay RnK Setiawangsa tuh je. Kali ni kite try tempat baru. Arman pun rekemen satay ni. Kalau Arman dah rekemen, maknanya memang ok la tu kan.
ok jugak la, nanti you all cuba la yer...
Aku order mee goreng dulu dan wifey order mee celup sebelum sebelum order 20 cucuk satay ayam. Kat situ mmg banyak pilihan makanan. Kerang bakar pun ada jugak. Takpe, yang tu next visit la yer.

Servis kat situ agak cepat jugak la. Kejap je satay kitorang order dah sampai. Harga satay kat sini RM0.70 sen secucuk ye.

Sunday, December 19, 2010

Kerugian Blackwood Akibat Dipukau!!!

Assalamualaikum

Seekor kucing hitam di Gombak telah kerugian sebekas makanan berjenama Blackwood setelah beliau dipukau oleh penjenayah yang berjaya memasuki rumah beliau dan menghabiskan makanan itu dengan gaya yang sungguh selamba tanpa sekelumit (perghh..sekelumit tuh!) perasaan malu atau bersalah pun.
mangsa pukau yang masih di alamnya yang tersendiri
Dalam kejadian yang berlaku petang Ahad itu, Bubut yang sedang menonton tv di rumahnya berkata, beliau dengan secara tiba2 tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipukau oleh penjenayah terbabit. 

Beliau hanya menyedari kejadian (rumah dimasuki penjenayah) itu setelah tersedar dari tidur(pukau) itu kira2 setengah jam kemudian, apabila beliau terasa lapar dan ingin menjamah hidangan Blackwood yang telah disediakan oleh tuannya. Terkejut melihat bekas makanannye telah hampir kosong, Bubut segera bertanya tuannye kenapa bekas makanannye tidak diisi semula. Tuan empunye Bubut memberitahu bahawa makanannye memang telah disediakan semasa Bubut menonton rancangan Megastructure; Kansai International Airport di saluran Astro National Geographic.
rakaman CCTV berjaya merakam imej penjenayah yang paling dikehendaki oleh Balai Polis Gombak
Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Bubut menasihati tuannye agar memeriksa kamera litar tertutup yang dipasang di rumahnye untuk mengenal pasti apa yang telah berlaku ketika Bubut pengsan. 

Amat memeranjatkan bila rakaman menunjukkan seekor kucing berwarna putih, berekor hitam sederhana panjang dilihat telah masuk melalui 'cat-flap' rumah Bubut dan dengan bangga dan lahapnye menghabiskan sebekas Blackwood yang disediakan oleh tuan empunya Bubut. Ekoran daripada kejadian itu, satu laporan polis telah pun dibuat oleh pemilik Bubut di balai polis berhampiran pada petang hari yang sama.

Jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan kes kecurian daripada mangsa. Pihak polis dijangka akan membuka satu kertas siasatan terhadap kes ini. Polis yang juga pernah menerima laporan kes seumpama ini memaklumkan bahawa suspek adalah antara penjenayah kucing yang paling dikehendaki ketika ini kerana disyaki terlibat dengan kes pecah rumah dengan menggunakan ilmu pukau, pergaduhan kelab malam, rogol dan juga penyalahgunaan dadah. Suspek juga dikategorikan sebagai amat berbahaya walaupun beroperasi hanya seekor diri sahaja.

Sehubungan dengan itu, pihak polis dan ketua kampung meminta kerjasama orang ramai dan kucing banyak untuk segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat suspek ataupun mempunyai maklumat mengenainya.

Saturday, December 18, 2010

Assalamualaikum

Buat ke berapa ratus juta kali ni, RENTAS sekali lagi buat testing. Memang hobi mereka buat bebenda ni semua. Sistem baru la, hardware baru la. Yang penting boleh makan free, boleh claim lebih dari belanja sebenarnya (kot) dan macam-macam lagi la yang boleh diambil kesempatan.

Melangut la aku kat office di pagi hari Sabtu yang patutnya guling-guling atas katil sambil menambahkan lagi koleksi air liur basi kat atas bantal.

Yang bestnya hari ni ialah, transaction untuk value date Dec 3 tuh tak banyak. Senang kroje. Hari ni jugak KAFBOS pun nyibuk buat CDRP jugak. Jadi meriah la sket kat opis ni. Diorang order makanan asasi company ni untuk testing, apa lagi, PizzaHut la. Kitorang pulak order makanan asasi jugak, McD, lebih relevan sebabnya lebih mengenyangkan perut dari makan pizza tuh. 1000 orang staff datang nak share pizza, sendiri mau ingat la. Aku jamah la jugak 2 slices pizza dan segelas Twister orange; kalau nak ikutkan, malas nak amik, tapi sebab dah dipelawa, belasah je la.

Boring... boring... dah la wifey tak sihat kat rumah tu. Pagi tadi sebelum ke opis, sempat la aku belikan breakfast, nasi lemak sambal sotong dan karipap untuk wifey breakfast. Patutnya aku beli meehun sekali untuk lunch, since wifey tak sihat dan aku pulak bawak Cik Kelly ke opis.

Balik nanti nak layan bola AFF Suzuki Cup semifinal 2nd leg between Vietnam vs Malaysia. Tak tahu la ada live coverage ke tak, dan pukul berapa gamenya tuh. Hopefully sempat la balik layan game tuh.

Menunggu saat-saat BNM RENTAS cut-off time at 1800hrs... initially set at 1700hrs... ceh...kalau dah BNM tuh, sendiri mau ingat la kan.

~Malaysia Layak Ke Final AFF Suzuki Cup 2010~

Akhirnya, Malaysia layak ke perlawanan akhir. Tahniah K Rajagopal dan anak-anak buahnya. Lawannya nanti? Mungkin Indonesia ataupun Filipina. Besar kemungkinan Indonesia la kan. Tapi agak mengejutkan kalau tengok balik prestasi mendadak Filipina kali ni. They've beaten Vietnam in Hanoi, in front of 40,000 fanatic home supporters. Indonesia pun menang 1-0 je masa first leg semifinal aritu. 2 leg semifinal nanti pun main kat Indonesia jugak kalau tak silap aku. Sebab apa ek? Macam tak fair pulak untuk pasukan Filipina kan?

Dari game yang aku tengok kat TV1 tadi, memang nampak sangat Malaysia memang main bertahan hampir 90 minit tuh...sesuatu yang wajib diubah kalau nak menjadi juara Suzuki Cup ni. Padang kat stadium tu pun aku rasa macam jauh lebih baik daripada stadium Bukit Jalil. Takde rumput yang tertanggal atau tersepak oleh player.

Player Vietnam mmg nampak sangat bersemangat nak cari gol, walaupun dengan 10 pemain di akhir-akhir perlawanan. Tu la, sapa suruh dive kan. Secara jujurnya, memang diorang main jauh lebih baik dari pasukan kita. Tapi papepun, pujian patut diberi kepada pemain pertahanan kita sebab mampu absorbed serangan bertubi-tubi tuh. Maybe pasukan kita nampak sangat lemah di bahagian midfield kot.

Bersiap sedia la untuk perlawanan akhir pulak yer. Memang nampak bola sepak Malaysia ada sedikit kemajuan, tapi masih banyak yang perlu diperbaiki la kan. 

Friday, December 17, 2010

Segalanya Hanya Pinjaman DariNya

Assalamualaikum

Hari ni aku sangat sedih. Berita yang sangat mengejutkan aku dan jugak sebahagian besar staff2 kat opis aku. Aku dapat tahu pun dari Rashpal lepas balik dari solat Jumaat tadi yang mulanya nak bitau aku pasal set-up untuk RENTAS testing esok akan dibuat awal pagi esok, bukannye petang hari sebelum testing seperti kebiasaannye. Aku tanya apesal tak leh buat hari ni? Dia pun cakap la sebab anak lelaki Uzaini passed away! 

What???? Serious aku terkejut sangat2. Al Fatihah...

When? What happened? 

Rashpal cakap la tengahari tadi around 11am to 12pm maybe. Sebabnye Rashpal pun tak tahu. Ya Allah, walaupun aku ni kira tak la kamcing giler dgn Uzaini tuh, tapi aku dapat rasa kejutan yg dia rasa tuh. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Fawwaz Syahmi (kalau tak silap aku la nama arwah) yang aku yakin telah pun menjejakkan atau pun gerenti masuk syurgaMu. Buat Uzaini dan isterinya, Ayu, ini semua qada dan qadar dari Allah. Harap korang bersabar banyak2. Allah sayang korang, sebab tu dia turunkan ujian macam ni, dan Dia lebih menyayangi Fawwaz Syahmi. Aku harap korang berdua kuatkan semangat, banyakkan bersabar. 

Ramai jugak member IT Dept yang pergi ziarah di hospital Selayang lepas solat Jumaat tadi. Aku pun mmg nak sangat2 pergi ziarah, tapi kerja2 yang agak banyak dan kritikal ni tak membolehkan aku nak skip. Ingat nak ziarah malam ni kat Selayang, tapi according to Uzaini, jenazah akan dikebumikan di Klang pagi esok. Sure jenazah terus bawak balik Klang. Esok pulak ada RENTAS testing, mmg sah aku tak dapat nak ziarah ni.

Mengikut cerita yang aku dgr dari Rahmat dan Azwa yg balik dari ziarah di hospital, arwah meninggal ketika dalam jagaan pengasuhnya, puncanye tak dapat dipastikan, kemungkinan lemas atau tersedak susu ketika tidur. Kalau aku dapat tahu sebabnye dari sumber yang lebih kukuh, aku akan update lagi kat sini. 

Sampai setakat entry ni ditaip, aku tak pasti samada Uzaini membenarkan arwah anaknya di bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.Yang aku tahu, mmg kene buat laporan polis je la. 

Sayu dan sedih hati aku tengok gambar2 arwah Fawwaz yang sungguh comel dan cute. Semoga dia gembira di sana. To readers, followers and blogwalkers yang baca ni, minta jasa baik sedekahkan Al Fatihah ye untuk arwah anak kawan saya ni. Click here for Uzaini's blog and his wife to see more photos of arwah adik Fawwaz Syahmi.  

Sesungguhnye, segala2 di atas muka bumi dan dalam kehidupan kita ini hanya lah pinjaman sementara dari Allah. Kita tak tahu bila Allah akan menjemput kita kembali kepadaNya semula. Sayangi dan hargailah insan2 yang kita sayangi disekeliling kita selagi kita dan mereka masih bernyawa.

Tuesday, December 14, 2010

Kantoi Di Roadblocks Demi Manchester United

Assalamualaikum

Kalau nak diikutkan, lawak jugak pengalaman aku ni. My very first experience. Semuanya sebab nak tengok game MU vs Arsenal la ni. Aku bangun pukul 0330hrs, game started at 0400hrs. Dengan serabai baru bangun tdo, terus gerak ke Gombak. Drive slow and steady, dan confident giler MU will reclaim the top spot of Premier League.

Sampai kat Masjid Simpang 3, aku nampak ada polis buat roadblock. Ok je la, aku tak panik pun. Tak de kereta sangat pun. Depan aku ada satu van kene tahan. Bila sampai turn aku dan Cik Kelly, aku siap bukak tingkap, matikan MP3 player, pastu polis tu pun usha la kat cermin belah passenger tuh. Bila dia duk suluh kat situ baru aku terpk, ish, wifey dah tampal ke belum sticker road tax yang baru tuh? Aku tahu la dah renewed, cuma seingat aku, sticker baru tuh belum ditampal lagi rasanye. Time ni la baru aku panik sket. Ha ha.

Polis tu tanye aku,"Encik tahu tak apa salah encik?" Aku cakap je la tak tahu, padahal aku dapat la agak ni mesti sebab tak display valid road tax la ni. Pastu dia suruh aku bawak Kelly ke tepi jalan. Dia amik la driving license and MyKad aku untuk check kat PDRM punye database kot, nak check ada record saman ke yang belum settle kot. Dia cakap la Kelly punye road tax dah tamat tempoh. November dah expired dah. Aku pun mula la buat2 belakon terkejut. Aku cakap la kat polis tuh yg road tax kete ni dah diperbaharui dah, cuma sticker nye aku tak pasti mana wifey letak. Aku bitau polis tu yang Kelly ni wifey yang selalu bawak, jadi aku tak perasan la yang road tax tuh belum ditampal sebab aku tahu dah renewed je. Aku pulak kelam-kabut cari envelope yang insurance company hantar hari tuh, konon nak cari sticker tu la. Cari punye cari dah takde pulak dalam envelope tuh. Aduh. Masalah ni, nak call wifey kat rumah nak tanya mana dia letak sticker tu kang kesian pulak kacau dia tdo. Pastu polis tu cakap, kalau dah ada road tax takpe la, cuma dia suruh aku pergi check plate number Kelly dengan sorang lagi polis kat dalam kereta peronda diorang, untuk pastikan road tax Kelly valid. Lega sket aku dgr.

Aku pergi la kat kereta peronda lagi satu tuh, bagi plate number Kelly. Pastu terus dia cakap ok. Valid. Lega aku. 

To be continued...

Friday, December 10, 2010

Akhirnya... Dan Layan Killers

Assalamualaikum
ni warna penapis A selepas dibasuh
Ha ha, dapat jugak aku bukak filter A BioAura tuh dengan bantuan badang kat opis aku, sapa lagi kalau bukan Arman the Chopper Man! Tu pun kena guna kudrat 2 lelaki dewasa. Aku dengan Arman la. Mula2 tuh, aku mintak tolong Zali. Tapi tenaga kitorang 2 orang tak cukup power untuk longgarkan penutup filter tuh. Malam ni boleh la aku bersihkan bahagian dalam filter tuh, dan tutup semula dengan tak berapa ketat la kot.
dah sedia untuk bertugas semula
Thank you Arman! Sebagai balasan, gua promote la kat sini kepada sesiapa di kawasan Lembah Kelang yang memerlukan khemah atau pun canopy untuk wedding ataupun apa2 majlis yang sewaktu dengannye, sila la hubungi Encik Arman Setapa di talian 012 - 927 9367.
lagi sebulan aku cuci kau lagi ok!

~Killers~

Oleh kerana esok hari lepak sedunia, maka, midnite show malam ni wifey mencadangkan kitorang layan citer comedy la.
Aku mmg suka tgk si Ashton Kutcher ni berlakon. Dia ni mmg muka lawak la. Tapi partner dia kali ni aku tak pernah tgk lagi belakon movie, takat ER tu ade la. Betulkan Katherine Heigl ni belakon dalam TV series ER?

Sinopsis citer ni macam biasa la aku tak baca sebelum layan movie ni. Baru la thrill sikit. Mula2 aku tgk macam jalan citer ni agak berat. Macam tak leh terima la pulak Ashton Kutcher nak pegang watak serious. Tapi bila dah lepas 15 minit camtu, baru la nampak the original Ashton Kutcher. Masuk minit ke 15 camtu, daripada kitorang dah jadi aku pulak. Wifey dah selamat bermimpi ke Oxford Street dah. Aku layan la citer tuh sensorang sampai habis.

Macam biasa la, ok jugak la citer ni sebab pelakon utamanye aku suka, plus ada Tom Seleck the Russian pervert kata Jennifer (Katherine Heigl) masa mula2 berkenalan dengan Spencer (Ashton Kutcher) tu. Cuma yang tak bestnye; bagi aku la, the last part of the movie ni, CD tuh dah mula sakkot (sangkut; dalam dialek Terengganu). Tu la akibatnye beli vcd haram lagi!!!

Selamat menonton!!!

Wednesday, December 8, 2010

Airbus A380

Assalamualaikum

Introducing Airbus A380. Tak lama lagi MAS akan ada la species ni dalam diorang punye fleet. Sangat bagak rupenye aircraft ni. Passenger pun boleh sumbat sampai 525 kalau aku tak silap.

ni la diagram A380 yang gah itu, gambar dari website mana ntah aku dah lupa!

Teringat pulak masa nak take-off dari Heathrow nak balik KL arituh, Cik Pangkor que nak take-off ahead of A380 kepunyaan Singapore Airline. Takut pulak aku tengok aircraft yang bagak2 camni. Larat ke nak bawak badan sendiri terbang beribu2 km? What a silly question kan? Kalau dah services tu maknanya boleh terbang la tu.

~Berita Sedih~

Pagi ni aku baru dapat tahu, isteri kepada member aku, Rozaidi, telah pulang ke Rahmatullah awal pagi semalam di HUKM akibat dari penyakit kanser darah/leukimia kalau tak silap aku. Al Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Semoga Rozaidi dan anak2nya tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah ini.

Bagi kita yang masih hidup, ambil la ikhtibar dari segala apa yang berlaku. Jaga kesihatan, monitor apa yang kita makan, bersenam la dengan lebih kerap dan amalkan cara hidup yang lebih sihat. Penting jugak untuk diingatkan, buat la medical check-up setiap 6 bulan. Kita tak tahu macamana dan apa yang berlaku dalam tubuh badan kita until it's too late.

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru 1432H

Assalamualaikum

Selamat tahun baru Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan jugak kepada readers of this entry. Wifey pulak kene keje hari ni. Sib baik boleh claim OT. Semangat sket nak gi keje. Sebelum sampai opis, singgah dulu beli nasi lemak utk breakfast diri sendiri, opismate wifey dan jugak utk Fama di Gombak. 
sejuk mata memandang pokok2 kat tepi bukit ni, fresh air!!!
Wifey mmg selalu beli breakfast kat gerai ni. Lokasinye di Seksyen 5, Wangsa Maju. Berdekatan dengan Sek. Keb. Wangsa Jaya (Lat 3.2042137 Long 101.740222). Boleh tahan jugak la rasa nasi lemak kat sini. Harga pun kira berpatutan la. Sesuai untuk buat breakfast kat opis. 
pekena nasi lemak di pagi tahun baru 1432H
Aku suka environment Seksyen 5 ni. Tepi bukit yang tak la tinggi mana, dekat dengan sekolah, udara pun macam fresh berbanding dengan area lain, dekat dengan Wangsa Walk Mall, 2 stesyen RapidKL-Putra; Wangsa Maju dan jugak Sri Rampai yang bakal beroperasi tak lama lagi. Mmg best la! Carrefour, Cold Storage, NZ etc. Happening betul tempat ni. Property value pun sure cepat naik ni. 

Lepas hantar wifey kat opis, aku terus balik Gombak. Nak sambung tdo sket lepas breakfast nanti. Dalam pukul 11 lebih camtu, aku tersedar bila Hijaz and Hamza sampai. Aku terus bangun untuk mengerjakan kekucing yang perlu dibelasah dgn Frontline. 

Bubut and Ronaldo je duk luar skrg ni. Messi, Lucy and Kaka duk dalam kondo. Misi aku spray diekor semua berjaya. Kuku Kaka dah tajam balik. Ada la 2-3 otograp dia sign tadi. He he. Pedih la jugak. Bubut plak ada kesan luka bergaduh kat kaki depan sebelah kiri. Badan tak besar mana perasan gangster. Rival dia ialah sekor meow kaler putih satu badan, cuma ekor je panjang kaler hitam, dan ada la tompok2 hitam sket kat telinga. Muka pun agak besar, macam kaki lepak gym jugak la kot meow ni. Compare size dgn Bubut, mmg hampeh la Bubut ni. Mamat putih tuh sergah dari luar pagar pun Bubut dah kelam kabut lari menyorok bawah kete. Buat malu je...Kalau Bubut baca blog ni, harap Bubut boleh berbuat sesuatu supaya meow2 lain tak memperkotak-katikkan Bubut camni lagi ok?

Aku chow dari Gombak jam 1500hrs tadi untuk pickup wifey at TI. Malam ni tak tahu la nak layan ke tak game MU-Valencia on CL.

Monday, December 6, 2010

Saja Suka-suka Nak Cuti

Assalamualaikum

Kegatalan nak cuti panjang pun tiba. Mengambil kesempatan betul ni sebab esok cuti awal Muharam. Jadi dapat la aku lepak dan rilek untuk 4 hari. 4 hari bro!!! Sempat kalau nak fly jenjalan ke Perth kan? Ha ha... berangan la. Duit makan angin duniawi kena kumpul dulu. Takpe, mari la berangan sepanjang cuti ni.
Teh Alissa namaku
Kat atas ni gambar kucing Ridzuan kat Shah Alam tu la. Anak Cattyjah yang delivered 4 ekor dulu tu. Sekarang dah jadi awek cun. Saham naik oo sebab mata dia biru. Sedara dia lagi satu tu susah betul aku nak snap gambar dia. Balak yang pemalu. Aku nak panggil dia Daniel Tam, sebab dia hitam, lagi gelap dari Bubut kat Gombak tuh. Yang atas ni aku panggil Teh Alissa, sebab kalernya putih. Yang tang Alissa tuh, aku memandai nambah nak suruh sedap dan moden sket. Apa khabar la agaknya sedara diekor yang lagi 2 yang dah kena adopted dulu tuh. Hopefully diekor sihat walafiat dapat tuan yang bertanggungjawab.

Hari ni aku planned nak gi Tabung Haji, nak menambah pelaburan sket, dan jugak nak top-up balik duit kat ASB lebihan dari Europe tour arituh. Tu pun belum dapat top-up semua sebab nak tunggu GBP appreciate against MYR. Kalau aku jual pound sekarang, rugi la pulak kan. Terpaksa la hold dulu. 

Dah settled bayar insurance rumah dan bill air, dah settled basuh baju dan jemur. Sekarang kena bersiap nak ke bank, kalau sempat, dan ke Fama's untuk lepak dan aktiviti mengucing. Ha ha.
sungguh bersih air paip di KL ni kan???
Tengok ler penapis air Bio Aura kat rumah aku ni. Nampak tak kaler dark brown kat dalam balang lutsinar tuh? Asalnya kaler putih macam kaler sticker Bio Aura Filter A yang kat luar balang tuh. Bila dah sebulan lebih, camni la kalernya. Macam warna kopi yang kekurangan susu.

Kesimpulan dan pengajarannya ialah, semua rumah kat Malaysia ni wajibul ada penapis air. Bayangkan la kalau air yang kita minum ni tak ditapis. Direct dari paip tuh, masuk cerek, didihkan, pastu gunakan untuk masak dan minum. Eeeew... dah berapa gelen dah air tak bertapis yang dah masuk dalam tubuh aku kan? Patut la sekarang ni macam-macam jenis penyakit wujud, sebabnya, kita sendiri tak perihatin apa yang kita sumbat dalam tubuh badan kita.

Oleh itu, get yourself a halal, decent and user-friendly water filter for your home. Aku nak rekemen brand Imtiyaz. Agak murah. Cuba la google produk ni ok!

Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah!

Saturday, December 4, 2010

RON 95 Naik Lagi MYR0.05

Assalamualaikum

Petang tadi masa isi minyak, aku tak la berapa terkejut sangat bila tgk harga petrol dah ada kenaikan yang 'kita akan pastikan kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat!' Dari MYR1.85 to MYR1.90 seliter.

Aku dengar citer lagi, bukan takat minyak je naik harge, gula pun katanye naik gak MYR0.20. Lepas ni kita tgk dia punya chain-reaction ok?

Friday, December 3, 2010

Righteous Kill

Assalamualaikum

Bestnya hari Jumaat. Esok tak keje. Boleh balik jumpa parent di Gombak & Shah Alam. Tak lupa jugak memeow di kedua-dua tempat tuh. Hari ni sampai rumah agak awal, sebab wifey nak masak dinner. Baru best kan? Jimat duit dari makan kat luar tuh. Tapi takleh la nak masak tiap-tiap hari kan sebab kesian pulak kat wifey, penat balik keje lambat, nak masak pulak. 

Sambil dinner layan ikan pekasam dari Pekan Rabu dan jugak sotong campur dengan sayur-sayuran depan tv, sambil layan movie kat bawah ni. Ni pun hasil dari night market Batu Feringghi la jugak. 
Citer ni memang agak heavy la dari Date Night yang kitorang tengok semalam. Tapi best jugak la. Bagi aku la kan, ending citer ni agak mengejutkan. Sinopsis citer ni pun cam biasa la, aku memang tak baca before tengok citer ni. Terus layan jer. 

Boleh la jugak aku nak rekemen kat korang untuk tengok movie ni. Sila dapatkan citer ni dari pasar malam ataupun muat turun dari memana file sharing website ok. Jahat betul nasihat aku ni kan? Ha ha.

Thursday, December 2, 2010

Fire Drill

Assalamualaikum

Hari ni building management buat fire drill untuk kesekian kalinya. Biasanya aku pun akan menyibuk turun ke assembly area. Tapi kali ni, aku berjaya mengelak dari turun dengan buat-buat busy kat meja aku. Tapi sebenarnya memang busy pun sebab Zali cuti arini, so, aku kena la fokus kat position MYR.
Kelihatan manusia2 bergerak menuju ke assembly area 
Tapi dalam busy pun, sempat gak amik gambar ni dari bilik Chester. Nak jugak tengok camne view diorang assembled kat parking tuh dari atas. 

Next year ingat nak ngelat lagi la. Ha ha ha... selamat tenaga aku yang tak seberapa ni.
salah satu bahan dari Batu Feringghi
Malam tadi, aku keboringan yang amat sangat. Bila dah jumpa wifey, baru la tahap keboringan tuh menurun sedikit demi sedikit. Aku suggest kat wifey untuk tengok movie sebelum tidur just to kill off my boringness tuh. Wifey pun pilih la citer kat atas ni; comedy. Aku tak tahu pun sinopsis citer ni, jadi aku layan je la.

Bila dah abih show, aku boleh la jugak nak rekemen korang tengok citer ni. Kalau dah 2-2 watak utama tu memang pelawak, memang lawak la jadinya citer ni. Pengajaran utama yang boleh diambil dari citer ni ialah, jangan curi restaurant reservation orang lain!!! Kita tak tahu setakat mana bahaya dan risiko yang bakal kita hadapi akibat daripada perbuatan mencuri itu. Ha ha.. . ayat skema lagi...

Wednesday, December 1, 2010

RON 97 Naik Lagi Dan MU Out Of Carling Cup

Assalamualaikum

Hari ni harga minyak petrol RON 97 dah naik lagi MYR0.15 kepada harga baru; MYR2.30 per litre. Sekian terima kasih. Lupa nak check bape price per barrel minyak mentah kat world commodity market sekarang.

~West Ham United 4 Manchester United 0~

Akhirnye, kalah jugak MU. Kalah pulak pada team yang tercorot dalam liga. Sure orang2 anti MU suke guling2 ni kan. Ha ha ha. Dah terlepas Carling Cup. Tinggal lagi FA Cup, Premier League dan jugak Champions League to play for. Mana la tahu terlepas satu, tapi dapat lagi 3 tu kan. Keh keh keh. 

Aku tak tengok pun game tuh sebab tak larat nak bangun. Still penat driving pegi balik Penang aritu. Kalau tgk pun rasa macam tak menarik je. Nasib baik tak tengok kan. Ha ha ha. Agak memalukan jugak la kalah teruk camtu. Tapi bila tengok balik player yang main utk MU tuh dengan regular first 11 WHU, rasanye tak la malu sangat kan. 

Congrats to WHU, at least diorang boleh bagi pengajaran pada player MU yang muda2 tuh.

~Kelly Dah Tak Boleh Menjerit~

Pagi tadi wifey bitau hon Kelly dah tak berbunyi. Hmm, wiring problem ke? Cik Kelly dah mula menunjukkan tanda2 penuaan. Takpe Kelly, nanti kite gi klinik ok?

Dalam bulan lepas lampu Cik Kelly kena tukar. Dalam MYR19 kalau tak silap aku kena charged. Hopefully kos nak baiki hon punye problem ni berpatutan la dan tak serius. Fuel indicator pun tak tukar lagi. Kalau suruh Teamwork Allgain tukarkan indicator tuh, mau hilang MYR210 dari wallet aku.

Update on this issue. Tetiba je Kelly boleh bersuara. Wifey saje je tekan2 hon Kelly. Boleh pulak berbunyi. Alhamdulillah. Nanti next service nak kene highlight issue ni kat mekanik.

Monday, November 29, 2010

Selamat Sampai KL

Assalamualaikum

Cik Kelly telah selamat parking di parking bay nye tepat jam 0102hrs tadi.

Penat tuan Cik Kelly driving arini. Tapi seriously tak ngantuk langsung, penangan kopi tongkat ali la ni. Tu yang sampai skrg pun (0223hrs) boleh update blog lagi. Ceh!!! Blogger tegar kan?

Dah, gua nak tdo. Penat. Driving dalam hujan lebat hampir sepanjang perjalanan. Kedah, Penang and Perak mmg tgh musim hujan kot. Alhamdulillah kitorang selamat sampai dgn jayanye.

Sunday, November 28, 2010

Jom Makan Nasi Minyak!!!

Assalamualaikum

Hari ni kitorang ke Jitra, untuk kenduri kawin Bunge dgn pasangannya. Dan kalau sempat, sebelum ke kenduri tuh, kitorang bercadang nak ke pekan rabu di hari Ahad di Alor Setar. Kenapa diorang tak panggil pekan ahad ke kan? (1048hrs)
Camni le rupanye Pekan Rabu
Bila dah sampai kat destinasi yang dituju, baru la aku tahu bahawasanya... Pekan Rabu tuh rupanya nama building tuh. Aku sebelum ni duk terbayang Pekan Rabu ni macam satu tempat ala-ala pasar tani or pasar malam  di kawasan lapang. Ok... good experience! 

Kat Pekan Rabu ni, aku dan wifey beli kerepek-kerepek untuk dibawa balik keKL, nak kasi parent dan jugak bawak ke opis sket kalau ada terlebih. Mana la tau kot-kot time nak balik KL nanti, semua kerepek tuh habis masuk perut driver je, nak kasi hilang ngantuk driving. Aku menghabiskan MYR20 kat sini untuk 6 bungkus kerepek-kerepek.

Habis agenda shopping kat Pekan Rabu, kitorang gerak ke Jitra untuk ke kenduri kawin Lin a.k.a Bunge. Tempat wedding tuh dekat sebelah hiway je. So, tak la susah sangat nak cari. Lauk-pauk pun sangat best bagi aku. Cuma yang tak bestnya ialah, perut aku pulak boleh buat hal. Jadi selera makan aku pun terbantut la sket. Rugi! Rugi! 
Selamat Pengantin Baru Bunge & Irwan!!!
Wifey sempat la berjumpa kroni-kroni IIUMnya yang lain sebelum kitorang bergerak ke Penang lagi sekali. This time for shopping jeruk pulak kat tepi Chowrasta. Kat dalam Chowrasta takde orang Melayu punya kedai, tu yang kitorang wifey beli kat luar je tuh. 

Kalau ikutkan hati, aku nak je dine dekat Restoren Kapitan dekat dengan Chowrasta tuh, tapi sebab dah agak lewat sampai ke Chowrasta ni, maka terpaksa la ditunda ke lain kali je la. Hajat nak minum air kelapa pandan pun tak kesampaian. Kitorang balik la semula ke Bukit Mertajam untuk rileks sekejap, sebelum dinner dan balik ke KL. 

Lupa plak nak citer sket. Sebelum nak sampai Chowrasta tadi, aku terperasan satu gerai burger ni kat tepi jalan kat Lebuh Chulia ni. Nama gerai tuh, Old Trafford Burger. Aku tak sempat singgah. Sampai rumah Tort, terus aku google Old Trafford Burger Penang, dan terjumpa la satu blog makan2 this guy yang citer pasal burger stall ni. So, korang, especially MU die hard supporter like me, boleh la try burger ni kalau korang berada di pulau mutiara ni ok? Click sini untuk baca posting this guy pasal Old Trafford Burger ok! Credit to Crizlai!!!(1855hrs)

~A Quick Update On MU~

So, malam tadi MU menjadikan Blackburn Rovers sebagai mangsa belasahan. Pity Rovers, but the Devils deserved to win with such a great margin. Berbatov netted 5 times to equalize the goal scoring record in the premier league with Alan Shearer and Andy Cole. Congrats to Dimi. Hope to see more goals coming from you.

Cuma aku agak frust sebab goal MU bolos jugak. Dah leading 7-0 tuh, patut fokus la utk tambah lebih banyak gol. Mmg MU boleh menang dgn jaringan yang lebih daripada yang dicatatkan tuh. Berbatov nyaris2 nak cipta rekod baru utk jadi pemain pertama yg score 6 goal dalam satu perlawanan di Premier League ni, nasib baik la Paul Robinson dapat save tandukan Berbatov tuh.

Suka aku tgk Berbatov berebut nak simpan bola game tuh dgn referee masa final whistle. Sure dia nak letak dalam kabinet kat rumah dia la kot. Bukan senang nak score lebih daripada 4 goal dalam satu game kan.

~Left Seberang Perai Selatan at 2103hrs to KL~
ni la dinner aku kat Restoren Kapitan sebelum bertolak balik KL
Kitorang sempat dinner dgn Apai & Tort and both Jelita's at Restoren Kapitan nearby Taman Pauh Jaya. Aku macam biasa la pekena set roti nan cheese dgn ayam tandori. Minum kopi tongkat ali, saje je minum kopi sebab nak tongkat bijik mata aku ni for the next 5 hours!!!

Dekat kul 2050 camtu, kitorang pun gerak la balik. Ni pun dah agak lambatkan? Hopefully jalan ok dan cuaca pun ok la. Tapi rasanye macam tak ok je cuaca. Si Garmin ni pun buat la pulak malam ni. Dia nak navigate kitorang ke federal road to Ipoh. Pening la pulak aku nak kena pusing balik utk cari jalan ke PLUS hiway. Last time pun dah kene dah sekali camni. 

Bila dah berjaya masuk PLUS hiway, kitorang pun stopped kejap kat R&R Juru (km141.8) to feed Cik Kelly sampai kenyang. According to the receipt for Cik Kelly's fuel, we left Juru for KL (322kms) at 2103hrs.

Aku stopped kejap kat R&R Sg Perak to visit encik toilet. Tak ingat la kul berapa kan. 

Saturday, November 27, 2010

Makan Angin Ke Utara

Assalamualaikum

Patutnya hari ni aku kena attend preparation dan set up untuk RENTAS testing esok. Tapi sebab ada kenduri kawin kat Jitra esok, maka, dengan cutenya aku dan wifey akan travel to North Peninsular for that nasi minyak. Pengantinnya, unimate wifey; Norazlin Bt Abd Aziz dan pasangannya, Mohd Irwan B Wahed.

Sekarang tengah siap nak gerak dan singgah Gombak kejap. Malam ni tak tau la sempat tengok game MU vs Blackburn ke tak? Kot-kot terlepak kat night market Batu Feringghi la pulok. Sure banyak VCD haram yang bakal diusha. (0759hrs)

Sambungan...
Tol dari Rawang ke Juru; MYR40.00
Kitorang selamat sampai, dan join que nak bayar tol kat Plaza Tol Juru pada pukul 1330hrs. Bertolak dari rumah tadi pun dah dekat pukul 0900hrs. Tak sempat nak singgah Gombak sebab takut missed nak lunch ikan goreng kat ladang kelapa sawit kat Juru tuh.

Lepas isi minyak dan angin tayar kat Shell MRR2 berhampiran Restoren Kunang-kunang tuh, aku lalu ikut Rawang, sebab nak jimatkan tol setakat 2-3 posen la ni. Aku mengantuk gila masa dah dekat sejam driving. Maybe sebab tak cukup rest kot. Lepas berenti kat R&R Rawang untuk ke rest room, baru la segar sikit sebelum mengantuk balik. Layan je la MP3. Wifey dah selamat bermimpi shopping VCD kat Batu Feringghi dah kot. Aku stopped lagi sekali kat Sungai Perak for restroom. Lepas tu memang aku segar bugar je, plus lapar nak ratah ikan membuak-buak.
Camni la ghoper tempat makan tuh dari meja kitorang


Lepas Tol Juru, kitorang ikut GPS location yang Apai text to wifey's mobile. Nanti den salin balik lat&long tuh untuk reference korang semua yang berminat nak makan kat sini. 

Kawasan ni tak la jauh sangat pun dari Tol Juru, dalam 10 minit je kot kalau jalan clear. Sampai je kat situ, aku tengok memang dah banyak kereta parking. Huh..hebat..hebat. Memang ramai manusia tengah lunch. Pastu terjumpa la Tort, Apai, Jelita 1, Jelita 2, Miah and Yani yang dah pun start makan. Kitorang pun join la diorang sama.
Miah, Yani, Wifey & Hani sedang menjamu selera
Kat sini pun terdapat banyak monkey! Lupa nak amik gambar. Sebab ladang kelapa sawit ni dekat la dengan belukar. Memang banyak la keluarga monyet bermain-main kat tepi belukar tuh sesambil kitorang tengah melayan ikan bawal goreng ni. Tapi setakat yang aku nampak tadi, diekor, yakni memonyet comel tuh takde la mengacau pengunjung warung ni, setakat usha ikan bawal goreng dari jauh tuh ada la kot.
Ni la 2 ekor Encik Bawal bersama Cik Kicap untuk santapan den & wifey!
Hani suka sangat meratah ikan sambil meneman unclenye makan
Ni la first visit aku ke tempat ni. Apa nama glamour warung ni ek? Ade sesapa tahu? (1904hrs)

Lepas habis makan, semua gerak balik rumah Tort dan Apai kat Taman Pauh Jaya. Nak lepaskan penat lelah memandu. Yon and the gang bakal menyusul lewat petang nanti. Petang sket aku melayan beskal tua yang classic, yang menurut Apai, he's the only one to own that kind of bicycle in Penang at present. Jap lagi aku turun bawah amik gambar ok? Arman sure suka beskal tua camni, tapi aku tau dia prefer beskal chopper jugak.
ni la salah satu dari 2 beskal yang den maksudkan?

anyone interested? 
Lagi satu yang best ni, layan Philips 42' LED Full HD TV (Est price MYR3.8k). Apai saja buat demo pasang citer Batman dan Alice In Wonderland versi BlueRay top quality pirated punya CD yang berharga MYR70. Memang cun le gambar gua cakap lu... pasni TV plasma ke, LCD lagi la..boleh bungkus la kot. Tu pasal la LCD ngan Plasma dah makin murah sebab kewujudan LED Full HD neh. Boleh la layan game MU kat sini since dah pasang Astro Beyond! Takyah port kat mamak stall! Cepat kumpul duit beli tv LED Full HD ni!!! Ha ha...

Malam... Batu Feringghi la kan, mana lagi. Update? Later ok!

Batu Feringghi? Luckily masa on the way ke situ jalan tak la jam sangat. Cuma tersangkut masa nak daki bukit tu je la. Parking dekat-dekat dengan Lone Pine tu still MYR3 sekali masuk. Gegerai kat pasar malam pun macam tak banyak yang bukak. Macam tak sehappening masa first time aku pergi few years back. Hmm, Lone Pine tuh macam memanggil-manggil je aku untuk check-in ke new renovated premises dia. Takpe la Lone Pine, next time k?

Dah parking kete, wifey dengan ganasnya menjalankan operasi mencari movie. Aku follow je sebab takde planned nak beli pape movie pun. Sampai je kat gerai biasa tuh, sib baik diorang beroperasi. Wifey pun start cari cd2 yang berkenaan. Tengah duk pilih-pilih, sekali peniaga-peniaga tuh kelam kabut simpan rak-rak CD. Biasa la tu, ada rush by the authorities la tu kan. Kelam-kabut wifey bayar dan chow dari situ. Masa nak pergi ke tempat Cik Kelly menunggu, terserempak pulak dengan kumpulan orang-orang bujang yang baru sampai ke night market tuh dari rumah Tort. Diorang ni kua lambat sket. Aku dan wifey je kua awal, sebab nak balik awal to catch the MU-Blackburn match at 2255hrs.

Kumpulan orang-orang bujang itu tak berjaya membeli cd haram sebab banyak gerai dah stop berniaga. 

Verdict for the ikan bawal @ Juru!!!

Location: 6/10
Taste: 7/10
Price: tak tahu sebab Apai; my BiL bayar, nanti den tanyo.
Cleanliness: 4/10; dalam ladang getah kelapa sawit, what do you expect kan? :) tapi ok je la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...