Kelly 3572

Monday, July 20, 2009

Manchester United Asia Tour 2009 - Malaysia Second Game

Ha ha! Ni video lepas habis second game antara MU dan Malaysia. Kali ni MU menang 2-0. Game ni diadakan sebab perlawanan antara MU dan pasukan kebangsaan Indonesia terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan berikutan hotel yang sepatutnya menjadi penginapan squad MU mungkin menjadi sasaran ancaman bom.

Aku dan wifey memang tak melepaskan peluang keemasan untuk tengok game MU secara live buat kali ke 2. Bukan senang nak dapat peluang camni kan? Nak harapkan pergi tengok live game kat Old Trafford tuh ntah bila la boleh direalisasikan! Bahasa apa la aku cakap ni?

Dalam video ni, Edwin Van der Sar cukup sporting melayan peminat sebelum masuk bilik persalinan tuh, dia sempat pergi sain autograph dan bergambar bersama peminat yang memanggil namanya. All the best in your career Edwin! Hope you'll be another United legend!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...