Kelly 3572

Thursday, December 31, 2009

Good To Read: Explanation on why Muslims don't consume pork

Bob: Tell me why is it that a Muslim is very particular about the words Halal and Haram; what do they mean?

Yunus: That which is permissible is termed Halal and that which is not permissible is termed Haram and it is the Quran which draws the distinction between the two.

Bob: Can you give me an example?

Yunus: Yes, Islam has prohibited blood of any type. You will agree that a chemical analysis of blood shows that it contains an abundance of uric acid, a chemical substance which can be injurious to human health.

Bob: You're right about the toxic nature of uric acid, in the human being it is excreted as a waste product and in fact we are told that 98% of the body's uric acid is extracted from the blood by the kidneys and removed through urination.

Yunus: Now I think that you'll appreciate the special prescribed method of animal slaughter in Islam.

Bob: What do you mean?

Yunus: You see, the wielder of the knife, whilst taking the name of the 'Almighty', makes an incision through the jugular veins, leaving all other veins and organs intact.

Bob: I see, this causes the death of the animal by a total loss of blood from the body, rather than an injury to any vital organ.

Yunus: Yes, w ere the organs, example the heart, the liver, or the brain crippled or damaged, the animal could die immediately and its blood would congeal in its veins and would eventually permeate the flesh. This implies that the animal flesh would be permeated and contaminated with uric acid and therefore very poisonous; only today did our dieticians realize such a thing.

Bob: Again, while on the topic of food; why do Muslims condemn the eating of pork or ham or any foods related to pigs or swine.

Yunus: Actually, apart from the Quran prohibiting the consumption of pork, bacon (pig flesh); in fact the Bible too in Leviticus chapter 11, verse 8, regarding swine it says, "Of their flesh (of the swine, another name for pig) shall you not eat, and of their carcass you shall not touch; they are unclean to you." Further, did you know that a pig cannot be slaughtered at the neck for it does not have a neck; that is according to its natural anatomy. A Muslim reasons that if the pig was to be slaughtered and fit for human consumption the Creator would have provided it with a neck. Nonetheless, all that aside, I am sure you are well informed about the harmful effects of the consumption of pork, in any form, be it pork chops, ham, bacon.

Bob: The medical science finds that there is a risk for various diseases the pig is found to be a host for many parasites and potential diseases.

Yunus: Yes, even apart from that, as we talked about uric acid content in the blood, it is important to note that the pig's biochemistry excretes only 2% of its total uric acid content, the remaining 98% remains as an integral part of the body.

source; not sure, received from forwarded email.

Tuesday, December 29, 2009

Khinzir a.k.a Babi dan kegunaannya dalam kehidupan seharian kita!

sungguh berguna rupanya binatang ini, berwaspada selalu ok!
Banyak betul dugaan umat Islam akhir zaman ni. Kalau kita tak berhati-hati, senang-senang je kita akan termakan babi. Bukan takat makan, mungkin jugak barang kegunaan luaran seharian kita, who knows? Jadi berhati-hati la ye. Ni la salah satu agenda dan perancangan musuh-musuh Islam untuk memperlekehkan umat Islam.

Cari la alternatif lain yang lebih bersih dan suci ok? Semoga kita semua dijauhkan dari termakan, terguna dan tersentuh benda-benda haram.

Sunday, November 29, 2009

Pelajar Sekolah Dibenarkan Berkahwin?

Camni la kot jadinye kalau budak2 sekolah dibenarkan kahwin. Aku dapat ni dari email yang officemate aku forward. Sumber asal maybe dari memana daily newspaper kot.

Sunday, November 1, 2009

Under Construction!!!

Jom shopping di Nilai 3!!! Bukan aku la shopping. My other half did!

Setahun dari sekarang, mungkin premise dalam gambar kat atas ni dah sedia untuk diduduki, InsyaAllah!

Property type; 20 X 70 double storey terrace house.
Features; 4 rooms & 4 bathrooms.
Unit price; MYR261,000.00 (non-bumi price)

Monday, October 5, 2009

Subhanallah!

Meremang bulu roma aku baca artikel yang aku jumpa kat dalam suratkhabar Harian Metro hari ni. Subhanallah!!! Bertuah sungguh arwah/jenazah tu. Aku doakan arwah akan terus ke syurgaMu Ya Allah. 

Dan aku rasa wajib untuk aku kongsikan berita ni sebagai salah satu usaha mengajak sesiapa yang terbaca blog ni untuk meningkatkan amal masing-masing ketika kita masih diberi peluang olehNya.

Adakah jenazah kita akan sama seperti arwah dalam berita ni? Cuba la kita sama-sama fikirkan, setakat mana amal kita selama ni boleh membantu untuk melapangkan ruang dalam kubur kita nanti...dan jugak untuk perjalanan seterusnya selepas itu.

Kredit untuk akhbar Harian Metro!

Mayat 30 tahun tak reput

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my


KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam selepas menemui mayat lelaki dipercayai berusia kira-kira 30 tahun yang tidak reput ketika urusan pengebumian jenazah seorang wanita di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka di sini, pagi semalam.

Malah, mayat lelaki terbabit didapati lengkap dengan kain kafan yang masih dalam keadaan baik dan tidak terjejas walaupun kerandanya sudah hancur.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bakau, Ismail Hashim, berkata usia mayat itu berdasarkan keranda kayu yang sudah pun reput ketika kubur itu ditemui.

Menurutnya, kubur itu ditemui penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, bersama dua rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, dan Mohd Azlisham Mat Taib, 30, ketika kerja penggalian liang lahad dilakukan, kira-kira jam 11.30 pagi.

“Seluruh tapak kubur ini sudah dua kali ditambun dengan tanah. Kali terakhir dilakukan, hampir 10 tahun lalu. Berdasarkan faktor itu dan melihatkan keranda yang sudah hancur, saya percaya mayat itu berusia kira-kira 30 tahun,” katanya.

Desa berkata, mayat berkenaan ditemui ketika dia bersama dua rakannya menggali liang Zaleha Murad, 53, yang meninggal dunia kerana kencing manis dan jantung, malam kelmarin.

“Oleh itu, pengebumian arwah Zaleha agak lewat sedikit kerana saya dan rakan perlu menguruskan mayat tidak reput itu untuk dikebumikan semula. Daripada pengamatan saya, mayat lelaki itu dikebumikan pada 1970-an,” katanya.

Katanya, sebelum kerja mengorek liang lahad, mereka sudah mendapatkan persetujuan waris arwah Zaleha untuk menanda tempat kosong dan memulakan kerja penggalian di Tanah Perkuburan Tok Paduka, kira-kira 9.30 pagi.

“Kira-kira dua jam penggalian, Mohd Azlisham merasakan sesuatu dan terkejut apabila menemui mayat tidak reput yang masih berkain kafan hingga menyebabkan kerja mengorek yang hampir selesai terpaksa dihentikan.

“Mohd Hafiz membuka tali yang mengikat kain kafan dan mendapati kulit serta isi masih terlekat pada tulang seperti orang yang masih hidup sebelum mengikat semula kain kafan. Paling menakjubkan mayat berkenaan tidak berbau atau dimakan ulat.

“Difahamkan, jenazah sebegini adalah di kalangan mereka yang beriman dan kuat beribadat,” katanya ketika ditemui selepas urusan pengebumian jenazah Zaleha di tanah perkuburan berkenaan.

Desa berkata, urusan pengebumian Zaleha terpaksa ditangguhkan beberapa jam bagi membolehkan pihaknya mengorek liang lahad baru di bawah kubur yang digali itu untuk mengebumikan semula jenazah tidak reput itu.

Desa berasal dari Kampung Bakau berkata, ini kali pertama dia melihat mayat dalam keadaan sempurna berusia puluhan tahun sejak lebih 30 tahun lalu.

“Ia sukar ditemui. Berdasarkan pengalaman, mayat akan dimakan ulat selepas tujuh hari dikebumikan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan jenazah terbabit adalah penduduk kampung berhampiran Tok Paduka.

Mohd Hafiz pula berkata, dia melihat jelas wajah mayat lelaki tidak reput itu yang masih dalam keadaan sempurna manakala berkulit sawo matang.

“Secara keseluruhan keadaan fizikal mayat berkenaan masih sempurna ketika saya memberanikan diri membuka ikatan kain kafan untuk melihatnya.

“Kerandanya sudah hancur dan kami menggunakan sekeping papan menutup semula liang lahad yang baru dikorek untuk menyimpan semula mayat berkenaan,” katanya.

Saturday, October 3, 2009

Thunderbird Air Show - Part 3



Su-30 MKM Flanker
all the way from Gong Kedak Air Base (ICAO:WMGK)

Thunderbird Air Show - Part 2

F 16 Thunderbird
this guy didn't participate the air show
the photo taken during their training session

Thunderbird Air Show - Part 1

our own Su30MKM Flanker
4 of the F 16's Thunderbird involved

acrobatic manouver

Thursday, September 24, 2009

Sepupu Kahwin Kat Kota Bharu!

Hari ni cousin aku, Hisham kahwin kat Pasir Tumboh. Aku dengan wife tak dapat balik atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. FAMA je yang balik Kota Bharu. Aku macam biasa la mengambil alih tugas menjaga memeow kat Gombak tuh.

Semoga cousin aku dan wifenya, Nurul Aimi Mohad Ali berbahagia ke anak cucu hendakNya. Amin.

Wednesday, July 29, 2009

Simptom Awal Gangguan Jin - From email received.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar ke atas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh di atas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar Al-Quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat di rumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

3 simptom semasa jaga + 2 simptom semasa tidur = gangguan jin

Wallahua'lam, semoga Allah sentiasa melindungi diriku dan orang2 yang aku kenali dan kasihi, InsyaAllah.

Monday, July 20, 2009

Manchester United Asia Tour 2009 - Malaysia Second Game

Ha ha! Ni video lepas habis second game antara MU dan Malaysia. Kali ni MU menang 2-0. Game ni diadakan sebab perlawanan antara MU dan pasukan kebangsaan Indonesia terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan berikutan hotel yang sepatutnya menjadi penginapan squad MU mungkin menjadi sasaran ancaman bom.

Aku dan wifey memang tak melepaskan peluang keemasan untuk tengok game MU secara live buat kali ke 2. Bukan senang nak dapat peluang camni kan? Nak harapkan pergi tengok live game kat Old Trafford tuh ntah bila la boleh direalisasikan! Bahasa apa la aku cakap ni?

Dalam video ni, Edwin Van der Sar cukup sporting melayan peminat sebelum masuk bilik persalinan tuh, dia sempat pergi sain autograph dan bergambar bersama peminat yang memanggil namanya. All the best in your career Edwin! Hope you'll be another United legend!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...