Sunday, August 17, 2008

Solat Sunat Dhuha

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi “segalah” - kira-kira 30 minit setelah terbit matahari - kita boleh mengadu untung nasib kepada-Nya.

Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.

Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki:

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

“Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman.”

Ingatlah bagaimana kuat pun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap di tangan-Nya. Justeru umat Islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.

Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan”.Dalam hadis lain, Baginda bersabda: “Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah.

Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Mencegah mungkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha”.

Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim Ayat 7)

Wallahualam

Sunday, August 10, 2008

Frank McCourt's Memoir

Aku pun tak tahu camne tergerak hati nak baca Angela's Ashes ni. Dah la citer pasal poor Irish family. Kisah benar. Tapi bila aku dah ter'start' baca, macam best pulak. Funny and sad story. So, sesapa kaki baca novel yang belum penah baca citer ni, cari la or sewa la buku ni kat kedai-kedai ok.

Habis Angela's Ashes nanti, korang kena baca 'Tis pulok. Sambungan la ni. Ni kisah masa Frank dah besar dah keje dan dah mula berkeluarga. Baca jangan tak baca.

Angela's Ashes ni pun memang dah lama dah difilemkan. According to Yahoo! Movies, citer tu telah difilemkan pada tahun 1999. Aku je yang slow. Kena pulak bukan citer action, tuh yang lagi slow. Takpe la, nanti kalau free, boleh la mintak sesapa donwload kan citer ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...