Monday, December 15, 2008

Latest Bluetooth Technology

Aku pun tak tahu la sebab apa dan apa sejarahnye gadget canggih tu boleh dinamakan Bluetooth. Ada sesiapa boleh citerkan asal usul penamaan Bluetooth tu tak?
:)

Sunday, November 30, 2008

Pemandu Yang Tidak Berhemah

Berhati2, pemandu Kembara ni tak tahu undang2 jalan raya! Kesiankanlah dia ok!
Ni cerita lama sebenarnya. Aku dah tak tahu mana nak letak gambar ni. Driver Kembara ni boleh dikatakan orang yang dah berumur dah jugak, maybe around 47 to 50's la. Aku follow mamat ni dari exit MRR2-Jalan Genting Kelang sampai la ke area rumah dia kot kat Taman Melati.

Kisahnya, aku drive pelan je la sebab aku kat lane kiri, dan kete pun slow moving, alih-alih mamat terencat akal ni boleh hon-hon pulak, bila aku dah bagi jugak dia potong, dia siap pandang buat muka tak puas hati sambil mulut macam mengutuk aku la. Aku cukup pantang bila ada driver macam ni yang tak reti bersabar. Last-last, aku yang sebenarnya takde niat pun nak masuk ke Jalan Genting Kelang tuh, nampak je mamat tuh masuk JGK, terus aku follow rapat punya sampai la dia masuk simpang ke residential area Taman Melati tuh.

Sib baik wifey ada, kalau aku sorang, tak tau la apa jadi agaknya. Kesian pulak kat Kembara tuh, bukan salah dia pun kan. Salah pemandu dia. Sorry ye Kembara! :) Malang betul kau dapat driver yang tak tahu undang-undang jalanraya. Itulah akibatnya kalau beli lesen memandu. 

Moral of the story, pape pun kita buat, kene la banyak bersabar. Ni pun aku sabar la jugak ni. Tapi, kalau aku jumpa sekali lagi mamat tua tuh, memang aku sindir sampai panas telinga dia.

Sesiapa yang ternampak Perodua Kembara ni dipandu oleh lelaki berumur yang macam aku describe ni, sila berhati-hati, sebab kemungkinan besar driverpemandunya tak tahu peraturan jalan raya dan tak beretika!

(marah betul ni...he he he!)

Saturday, November 1, 2008

Kenduri Kahwin Yap Ah Loy!!!

Selamat Pengantin Baru kepada officemate aku, sedara Muhammad Shahril Bin Mat Zin a.k.a Yap dan pasangannya, Zaiton Binti Ibrahim.

Aku dan wife pergi ke kenduri diorang ni yang dibuat di Kompleks Sukan Bangsar. Ramai la kroni-kroni dari office yang datang. Memang meriah la sebab ramai budak-budak office yang suka menyakat pengantin ni. Dah la pengantin pun tak segan silu bertepuk tampar masa atas pelamin. Ha ha..lawak betul!

Papepun, semoga kalian berdua berbahagia ke anak cucu dan diberkati selalu hendakNya. Amin!

Sunday, August 17, 2008

Solat Sunat Dhuha

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi “segalah” - kira-kira 30 minit setelah terbit matahari - kita boleh mengadu untung nasib kepada-Nya.

Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.

Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki:

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

“Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman.”

Ingatlah bagaimana kuat pun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap di tangan-Nya. Justeru umat Islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.

Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan”.Dalam hadis lain, Baginda bersabda: “Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah.

Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Mencegah mungkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha”.

Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim Ayat 7)

Wallahualam

Sunday, August 10, 2008

Frank McCourt's Memoir

Aku pun tak tahu camne tergerak hati nak baca Angela's Ashes ni. Dah la citer pasal poor Irish family. Kisah benar. Tapi bila aku dah ter'start' baca, macam best pulak. Funny and sad story. So, sesapa kaki baca novel yang belum penah baca citer ni, cari la or sewa la buku ni kat kedai-kedai ok.

Habis Angela's Ashes nanti, korang kena baca 'Tis pulok. Sambungan la ni. Ni kisah masa Frank dah besar dah keje dan dah mula berkeluarga. Baca jangan tak baca.

Angela's Ashes ni pun memang dah lama dah difilemkan. According to Yahoo! Movies, citer tu telah difilemkan pada tahun 1999. Aku je yang slow. Kena pulak bukan citer action, tuh yang lagi slow. Takpe la, nanti kalau free, boleh la mintak sesapa donwload kan citer ni.

Saturday, April 19, 2008

Tukar Lampu Kereta!

Banyaknye sen nak kena kua kalau nak maintain kereta ni kan? Nasib baik la kereta wife aku ni comel je macam tuannya. Kalau tak sure harga spare partnya pun lagi tinggi kan kalau kau bawak BMW ke, Lamborghini ke, Bugatti Veyron ke kan!

Hari ni aku gi tukar mentol Osram untuk lampu depan driver tuh. Habis RM30! Ni first time tukar mentol tuh sejak dapat kereta comel ni.

Selamat menjalankan tugas Cik Osram!  

Wednesday, March 26, 2008

Dari KLIA Ke Jeddah, Arab Saudi

Mula-mulanya, memang aku takda perancangan langsung nak menunaikan ibadah umrah dan ziarah ni. Tapi, Alhamdulillah, kebetulan mak mertua aku berhajat nak buat umrah, dan tiada siapa diantara anak-anaknya yang mempunyai kelapangan ketika tu untuk menemani beliau kecuali aku dan wifey, maka dengan itu, aku pun sampai jugak ke sana.

Sebagai persiapan untuk menunaikan umrah ni, kitorang perlu menghadiri kursus panduan mengerjakan umrah ni yang diadakan di pejabat Andalusia Travel & Tours di Taman Maluri. Kursus selama setengah hari ni biasanya dibuat pada hujung minggu. Selain dari menghadiri program ni, kitorang beli la keperluan lain. Kalau lelaki, kena la beli 2 pasang kain ihram untuk dipakai semasa ibadah umrah tu. Lepas tu beli tali-pinggang untuk ikat kain ihram tu. Belt tu jugak ada poket kecik untuk isi duit, supaya lebih selamat dibawa ketika mengerjakan umrah nanti.

Aku dengan wifey amik pakej satu bilik untuk 2 orang. Harga pakej Andalusia ni ialah RM5,200 seorang untuk selama 12 hari dan 10 malam. Kalau amik satu bilik berkongsi lebih ramai, maka harganya akan lebih murah, semurah RM4,500 kalau tak silap aku. Kitorang berlepas ke Jeddah dengan menaiki pesawat Saudi Airlines. Penerbangan ini akan transit di Riyadh sebelum meneruskan perjalanannya ke Jeddah. Dari Jeddah, kitorang akan menaiki bas ke Madinah. 
semoga perjalanan ini diberkati, Amin
Masa sampai di KLIA, perasaan aku dah bercampur-campur dah. Excited, sedih, takut dan macam-macam lagi la. Takut mungkin sebab ni la pertama kali aku fly long distance kot. Lepas tu risau pulak memikirkan sekiranya aku tak dapat buat ibadah umrah dengan sempurna. 

Tapi, lama-lama, bila dah masuk dalam perut kapal tuh, hati aku rasa semakin tenang. Bila aku fikir balik, aku dah ada kat dalam flight ni, maknanya Dia memberi peluang kepada orang yang jahat dan kurang amalan macam aku ni untuk ke tempat yang paling mulia dan berpeluang menziarahi makam kekasihNya dia Madinah nanti. Aku dan seluruh jemaah umrah ni dijemput untuk ke sana. Alhamdulillah. Satu nikmat yang sungguh besar nilainya. Akan ku manfaatkan sepenuhnya peluang yang diberi olehMu ini Ya Allah.

Sunday, March 2, 2008

Sony Ericsson K 770i

selamat tinggal Motorola T191! Jasamu dikenang!
Sempena dengan hari keputeraan gue yang ke berapa juta tahun ni, darling kasik hadiah best punya kat aku. Handphone Sony Ericsson K770i! Tak sangka betul! Mahal oo handphone ni! Ni la pertama kali dalam hidup aku orang kasi handphone. Excited gila ni. Tak sabar nak explore ni. Dah la wife belikan memory card 1GB lagi untuk handphone ni. Camera pun dah 3.2 megapixel. Sure cantik gambar yang snapped guna SE K770i ni kan.
Welcome SE K770i! Thank you darling for this lovely birthday gift!
At the same time, sedih la pulak nak menamatkan perkhidmatan handphone lama aku, Motorola T191. Kecik je handphone aku tu. Kalau tak silap aku, masa aku beli dulu, harga dalam RM400 je kot. Banyak jasanya kat aku. Tahan lasak. Kalau boleh aku nak guna la jugak phone tu sekali-sekala.

*gambar Sony Ericsson K770i tuh diambil dari sini. Credit to them!

Saturday, January 19, 2008

Tukar Tayar Baru

Hari ni aku pergi tukar 4-4 tayar kereta wife aku. Tak silap aku, sejak November 2004, ni la first time tukar tayar. Ikutkan tayar punye jangkamasa, memang lah macam dah sesuai sangat untuk tukarkan.

Harga sebijik tayar Silverstone Powerblitz ni ialah RM115. So, 4 bijik dah berapa kan? Sindri mau ingat aa! Takpe la, janji kereta ni served tuan empunye dia dengan baiknye!

Selamat tinggal tayar lama, dan selamat bertugas Cik Alicia Silverstone!

lupa plak, kedai tayar ni jual bateri kering RM165. Harap maklum!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...