Kelly 3572

Thursday, November 16, 2017

Projek Osaka 2018

Assalamualaikum

Kejap tadi sesambil browse internet, ternampak la Air Asia tengah ada promosi Free Seat...free la sangat. Aku pun segera la click sana-sini, simulate booking sana-sini sampai hang notebook Sasmung aku. Dan akhirnya, payment completed!

Memang dah agak lama berhajat nak ke Osaka ni. Dan Alhamdulillah, berjaya menempah tiket pergi balik untuk 2 orang dengan harga MYR1,902.00. Harga ni dah termasuk beg 20kg seorang, 4 meals, travel insurance dan standard seat selection. Sebenarnya memang boleh dapat lagi murah kalau tak masukkan beg, makan, insuran dan pilihan tempat duduk tu. Tapi kata orang putih, for peace of mind, aku selected jugak la benda-benda tu...
Peta dari Google Maps
Excited la bila nak pergi ke Jepun ni. Tak pasti apa sebabnya. Yang pasti ada dalam itinerary ialah kunjungan ke bandar Kyoto dengan menaiki keretapi antara bandar yang aku agak macam KTM Komuter la. Bagi aku jugak, dapat merasa landing di Kansai International Airport yang merupakan pulau buatan manusia pun dah sangat-sangat mengujakan aku.

Setakat ini, aku berempat sahaja yang akan ke sana pada bulan Julai 2018. InShaaAllah sebarang perkembangan terbaru berkenaan projek ini akan dikemaskini bila aku rajin dan ada kelapangan.
  1. Return flight ticket KUL-KIX-KUL - Done 16112017

Saturday, October 28, 2017

Muka Kekurangan Kasih Sayang...

Assalamualaikum

Saya masih single. 
Dan masih lagi 'seorang' penganggur.
Tak pernah ada sebarang professional career pun.
Bercita-cita tinggi nak jadi captain untuk Airbus A380 untuk memana airlines yang mampu membayar gaji yang saya request.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mencari awek yang berkenan nak jadikan saya sebagai boyfriend diorang.
Oh.. lupa pulak, saya memang sangat malas mandi...
Dan saya takut pada biawak...
Attached herewith is a not passport-size photo for your perusal...
saya tahu la saya tak hensem...

Saturday, September 16, 2017

Penangan biskut Gery...

Assalamualaikum

Aku tak ingat bila first time aku makan biskut ni. Yang aku ingat, adik ipar aku la yang introduce aku kat biskut ni bila dia bawak balik dari Indonesia masa dia kena ke sana aritu. Aku memang tak boleh berhenti makan biskut tu. Kalau bukak satu paket tu, memang ada harapan aku berjaya habiskan sepaket tu untuk aku sorang je.

Tapi sekarang aku perasan biskut ni memang dah senang didapati kat KL ni. Cuma harga je la yang berbeza-beza. Paling mahal aku pernah tengok ada kedai jual MYR5.50 sepaket! Betul-betul kaut untung tu kalau nak dibandingkan dengan kos sebenar sepaket biskut tu yang aku rasa mungkin tak sampai MYR2.00 pun kot...
amik kau! Makan la sampai muntah...
Kebetulan pulak baru-baru ni aku ke kedai borong kat Melawati, terjumpa la biskut Gery ni ada dijual kat kedai tu. Bila tanya berapa harga sepaket, orang kedai tu cakap MYR2.90! Aku pun dengar je dia cakap MYR2.90, terus amik bakul, isi penuh-penuh. Orang lain usha je, ingat aku nak jual balik kot...takde maknenye. Ni semua untuk ketagihan sendiri, kroni-kroni dan orang-orang kampung!!!

Saturday, August 19, 2017

Abang Oren a.k.a Panjang a.k.a Long melawat Klinik Maya...

Assalamualaikum

Dah lama tak bercerita pasal kucing. Sibuk sangat dengan banyak masalah duniawi...
Doctor belanja Oren Fussie Cat untuk menenangkan jiwa kacau Oren
Petang Sabtu macam ni baru la free sket. Kebetulan pulak ada kucing kat rumah yang luka akibat bergaduh. Luka tu pulak dah lebih dari seminggu dan tuan empunya badan pun susah nak jilat sebab luka tu betul-betul kat atas belakang dia. 
Thank you Doctor sebab hilangkan nervous saya...
Minggu lepas aku perasan belakang badan kucing tu bengkak semacam je menyebabkan kucing tu menghadapi kesukaran untuk berjalan seperti biasa. Aku panik dah. Dah mula mencari-cari klinik haiwan yang beroperasi sampai ke malam. Tapi nasib baik la jugak kucing tu masih berselera makan seperti biasa. Cuma susah nak berjalan dengan normal je.

2-3 hari selepas tu aku perasan bengkak kat atas belakang tu dah surut dan bulu di sekitar tempat luka kucing tu basah dan lembab. Aku syak mesti bengkak sebelum ni dah pecah dan nanah semua dah habis keluar. Kucing tu pun nampak dah kembali normal cat walknya. Alhamdulillah.
bermuhasabah diri sepanjang perjalanan balik dari Klinik Maya...
Walaupun bengkak dah surut, tapi aku tak nak amik risiko jangkitan kuman lain pulak dalam badan kucing tu. Selepas survey dan cari klinik haiwan yang terdekat, terjumpa la aku dengan Klinik Maya. Beroperasi sampai pukul 6 petang pada hari Sabtu. Aku nekad nak hantar kucing tu untuk rawatan lukanya dan jugak rawatan lain yang dirasakan perlu.
sampai kat rumah pun masih lagi bermuhasabah diri...atau syok duduk dalam carrier...
Aku sampai klinik tu lebih kurang pukul 4. Memang agak ramai 'pesakit' yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Semua sihat-sihat, sado dan kiut-miut kucingnya. Kucing aku tu pulak nampak sangat relax bila masuk dalam klinik tu. Maklum la, masuk dalam persekitaran yang berhawa dingin. Sempat la dia membuta sementara menunggu giliran. 
pengalaman ngeri kena cucuk bontot masa doctor nak dapatkan body tempreture
Memang agak lama jangkamasa menunggu untuk mendapatkan rawatan kat klinik ni. Memang ada review di internet yang komen pasal waktu menunggu tuh. Tapi aku tak kisah menunggu lama sebab aku rasa doktor kat klinik ni cuba memberi rawatan yang sebaik mungkin kepada 'pesakit' dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada tuan-tuan pesakit tentang cara-cara menjaga atau merawat 'pesakit' yang kurang sihat. 
jangan lupa next appointment ye Abang Oren...
Pukul 5 lebih baru nama aku dipanggil masuk bilik rawatan. Doktor check suhu badan kucing tu, masukkan termometer ke dalam bontot. Terus panik dan menggelupur kejap meow aku tu. Nasib baik suhu badan dia ok. 

Lepas trauma bontot kena sumbat dengan termometer, doktor nak inject ubat-ubat lain pun dah susah sebab mungkin kucing aku dah dapat agak something fishy is going on dan dia tak nak duduk diam. Doktor siap potongkan kuku kaki belakang supaya kucing tu tak mencederakan lagi bahagian luka ketika menggaru. 

Secara keseluruhannya, aku suka dengan cara doktor yang merawat kucing aku tu handle pesakit-pesakitnya. Pesakit-pesakit dilayan dan dibelai-belai dan dimanjakan macam kucing dia sendiri. No wonder la kucing aku pandai bodek nak makan free kot.

Tunggu je la next appointment pada 3 September nanti. Harap-harap kucing aku dah sembuh sepenuhnya. Kos kesemua rawatan dan consultation untuk hari ni ialah MYR110. Tu termasuk setengah tin makanan basah Fussie Cat yang doktor gunakan untuk menenangkan kucing aku tu lepas kena sumbat dengan termometer...

Wednesday, July 5, 2017

Saturday, June 10, 2017

Gadget Baru...

Assalamualaikum

Sekarang ni tengah trend orang suka buat aktiviti berbasikal. Satu hobi yang sangat bagus bukan sahaja untuk memperbaiki kualiti kesihatan diri, tetapi juga sangat berfaedah untuk kebaikan alam sekitar.

Lebih baik lagi kalau kat bandar-bandar utama disediakan lorong basikal pulak untuk menggalakkan orang berbasikal sahaja untuk ke tempat kerja.
basikal pertama yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri...
Aku pun tak terlepas jugak dari trend ni. Aku pun dah ada basikal sendiri sekarang ni. Tapi bukan sebab nak berbasikal secara extreme setiap minggu yang buatkan aku beli basikal ni. Aku beli mountain bike ni sebab nak bawak girlfriend kesayangan aku jalan-jalan petang-petang kat sekitar kawasan rumah. Tu girlfriend kecik la. Siap beli carrier lagi untuk dia. Tapi tu la, berat maksimum yang boleh ditampung oleh carrier tu ialah 22kg sahaja. Bila girlfriend kecik dah exceed berat tu, dah tak boleh naik guna carrier tu dah...

Girlfriend yang tak kecik pun boleh la jugak guna basikal ni untuk beriadah supaya keadaan kesihatannya lebih baik. 

Beli basikal ni dapat la botol air dan helmet percuma. Lepas tu aku beli satu set lampu depan dan belakang dan jugak satu speedometer. Untuk beriadah bila ada kelapangan je. Tak perlu beli banyak aksesori sangat. Banyak la jugak aku diajar selok-belok pasal basikal ni dan jugak cara nak maintain supaya basikal ni sentiasa dalam keadaan yang baik.

Basikal ni selamat aku angkut bawak balik ke rumah dengan sumbat dalam Kelly jer. Bukak tayar depan, sumbat segala-galanya kat seat belakang.

Alhamdulillah, semoga basikal ni boleh memberi manfaat kesihatan untuk aku dan girlfriend aku yang 2 orang tu!!!

Tuesday, June 6, 2017

Jangan Dibiarkan Berlarutan...

Assalamualaikum

Isu terbaru? Mangsa terbaru? Apa muslihat? Siapa dalangnya? Siapa yang kena cucuk hidung?
Imej dari Flightradar24.com
Harap-harap isu ini takkan berlarutan. Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Qatar di dalam pelbagai sektor. Janganlah sampai Qatar menjadi macam Yemen, Iraq, Afghanistan, Palestin, Syria dan lain-lain. Yang sedang bertepuk tangan dan kaki sekarang ialah Israel la...

Dan, yang paling aku rasa pelik, of all the countries yang memutuskan hubungan diplomatik tu, Arab Saudi yang jadi ketuanya. Apa muslihat "Itik" dan konco-konconya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...